Majalah IM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IM
Kulit majalah IM sebagai hiasan sahaja.
KategoriPerniagaan
KekerapanBulanan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Majalah IM merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan.

Majalah IM berkonsep teknologi dan perniagaan, terutamanya mengkhususkan kepada perniagaan melalui Internet.

Majalah IM ini telah diasaskan oleh Team Flarebiz dengan kerjasama dan bantuan kuat daripada usahawan Internet tempatan seperti SmartZul, Kak G, Zamri Nanyan, Alang, Irwan Dahnil, Syed Ikhwan, Fuad Latip, Amar Mahmood, Shamsuddin Kadir, Mohd Amirol, Noorizam Shah, Md Pai, Kartunis Ubi, Sham Raja Adsense dan ramai lagi yang terlibat secara tidak langsung. Selain itu, Majalah IM juga telah dibantu oleh Krew Majalah IM seperti Norakmal Jasni, Rawaida, Ridzuan Richie, Fatin Pauzi dan Mohd Muslim. Tidak lupa juga kepada pemilik bersama iaitu saudara Rusdy Ahmad(BOB).

Matlamat Majalah IM secara ringkas adalah seperti di bawah:

Supaya dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang perniagaan Internet.
Supaya lebih ramai berminat dengan perniagaan Internet
Supaya lebih ramai newbie bersemangat ingin terus bergiat dengan perniagaan Internet.
Supaya dapat mengetahui tip perniagaan daripada pakar.
Ingin menjadikan ezine ini sebagai medium menyebarkan informasi yang tepat mengenai perniagaan Internet.
Ingin menjadi ezine perniagaan Internet no 1 di Malaysia.
Ingin menjadi sumber informasi tentang apa yang berlaku dalam arena perniagaan Internet.
Sebagai medium sesuai para IM untuk menyuarakan pendapat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]