Impiana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majalah Impiana)
Impiana
Kulit majalah Impiana sebagai hiasan sahaja.
KategoriHiasan, Hiasan dalaman
KekerapanBulanan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu


Majalah Impiana merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk hiasan dalaman dan diterbitkan secara bulanan. "Praktikal bergaya" merupakan motto bagi majalah ini.

Ia khusus bagi mereka yang hendak mengubah suai atau menghias rumah. Maklumat hiasan dipaparkan dengan konsep yang pratikal dan mesra pembaca. Mengandungi pelbagai topik dan petua yang menjadi persoalan para pemilik rumah di dalamnya. Majalah ini juga diedarkan di negara jiran seperti Singapura.

Majalah ini berharga RM8.50 di Semenanjung Malaysia dan RM9.50 di Sabah/Sarawak. Ia diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]