Roda-Roda (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majalah Roda-Roda)
Roda-Roda
Kulit majalah Roda-Roda sebagai hiasan sahaja.
KategoriMotorsikal
KekerapanBulanan
Isu pertama1987
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu


Roda-Roda merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan sebuah majalah khusus untuk peminat motosikal dan diterbitkan secara bulanan sejak tahun 1987 oleh Bayu Enterprise yang berpangkalan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.

Selain daripada berita-berita serta ulasan uji pandu model-model motosikal yang dipasarkan di Malaysia serta ulasan sukan lumba motosikal seperti Grand Prix Motosikal dan Malaysian Cub Prix, Roda-Roda juga turut menyiarkan sesi uji pandu model baru motosikal serta berita-berita yang berkaitan dengan motosikal di luar negara melalui dua orang wartawan yang bertugas di luar negara iaitu Alan Cathcart (bagi kawasan Eropah) dan Clement Salvadori (bagi kawasan Amerika Syarikat).

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Majalah Roda-Roda diasaskan oleh Mohamad Yusof Bakar. Yusof meletakkan jawatan tinggi di sebuah syarikat pemakanan terkenal untuk menerbitkan majalah Roda-roda pada tahun 1986 dan majalah berkenaan, yang menjadi antara majalah ikonik di dalam kalangan penggemar dunia motosikal tempatan masih bertahan dan dicetak sehingga kini.

Mohamad Yusof Bakar meninggal dunia pada 4 April 2012 pada pukul 3.45 petang di Hospital Ampang akibat masalah darah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.speedrider.org/2012/04/belasungkawa-mohd-yusof-bakar-roda-roda.html
  2. http://www.bhauto.my/belasungkawa-pengasas-majalah-roda-roda-kembali-ke-rahmatullah/
  3. http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2012/04/takziah-kepada-keluarga-allahyarham.html