Ujang (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majalah Ujang)
Jump to navigation Jump to search
Ujang
MajalahUjang.jpg
Kulit depan majalah Ujang, keluaran 1 Januari 1994.
Edaran Dua bulan sekali
Penerbit Kharisma Publications (1994-1997)
MOY Publications (1998-2015)
Jumlah edaran 505
Pengasas Ibrahim Anon
Isu pertama 1 Januari 1994; 24 tahun yang lalu (1994-01-01)
Isu terakhir 6 Ogos 2015 (2015-08-06)

Majalah Ujang ialah majalah kartun humor di Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun telah berjaya dikadetkan oleh Ujang dan munculnya beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah satu bumbung Kharisma Publications Sdn Bhd pada waktu itu.

Dengan moto, Majalah Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi. Kartunis Ujang telah menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu, sebelum beliau menyertai MOY Publications Sdn Bhd. UJANG berada di bawah MOY setelah Datuk Md Othman Hj Yusof (MOY), bekas penerbit Usop Sontorian memiliki pegangan yang penuh terhadap Kharisma Publications Sdn Bhd. Majalah UJANG diterajui oleh kartunis-kartunis seperti Lengkuas, Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum, Aie dan Ubi.

Penerbitan majalah Ujang dan majalah kembarnya, Apo? dihentikan secara rasmi setelah penutupan MOY Publications Sdn Bhd pada 5 Ogos 2015.[1]

Watak cereka sebelum Pak Cik Din[sunting | sunting sumber]

Watak ini dikenali sebagai "Din Beramboi" mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim Anon @ Ujang sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut"[2], dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad atau kini lebih dikenali dengan gelaran Din Beramboi yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.[3] Mula-mulanya mendapat ilham dari siri kaset itu untuk konsep watak berkenaan semenjak tahun 1987, Ujang menzahirkan Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah Gila-Gila. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.[4]

Penerimaan watak Din Beramboi[sunting | sunting sumber]

Ujang meninggalkan majalah Gila-Gila untuk membuka majalah sendiri, iaitu Ujang, dan turut membawa watak Din Beramboi untuk dijadikan maskot majalah baru tersebut.[3] Nama Din Beramboi ciptaan Ujang ini juga dijulang dengan terbitan kaset lawak sendiri, iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban.[3] Kerana watak Din Beramboi inilah majalah Ujang menjadi terkenal pada dekad 1990-an.

Pengakiran watak Din Beramboi[sunting | sunting sumber]

Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana menciplak watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.[3]

Senarai kartunis[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai kartunis yang pernah mencipta nama bersama Ujang. Sila perhatikan bahawa kebanyakan kartunis Ujang pernah menjadi animator Usop Sontorian.

  • Zainudin Saleh (Lengkuas)
  • Mohd Jaurizal Jamaludin (Pucukpaku)
  • Ruslan Ayob (Taugeh)
  • Ahmad Kamil Othman (Sagu)
  • Syamsul Ikram "Soul" Ghazali (Rambai)
  • Dielfitri "Diel" Tajudin (Lambok)
  • Azhar Ahmad (Tembakau)
  • Khairul Hisham Salim (Jambang)
  • Faizal Ambok Liman (Bacang)
  • Mazli Ibrahim (Gayour)
  • Roslan Kasim (Petai)
  • Mohd Hairul Mohd Noh (Belitong)
  • Nik Mohd Wafdi Nik Jaafar (Nik)
  • Hairulnizam Mahayuddin (Lalang)
  • Mohd Rozie Ngah (Lepat)
  • Abedul Manggis Ismail (Manggis)
  • Munawer Asari (Papan)
  • Syahrumaizam Ismail (Bijan)
  • Ciku
  • Buloh
  • Sukun
  • Qayyum
  • Aie
  • Ubi

Penutupan[sunting | sunting sumber]

Majalah Ujang telah berhenti pengeluarannya berikutan Syarikat MOY penerbit majalah Ujang dan APO ditutup mulai 6 Ogos 2015.[5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Madiha Abdullah (2015-08-07). "MOY Publication tutup operasi, majalah Ujang berkubur". Astro Awani. Dicapai 2015-08-27. 
  2. ^ "Din Beramboi penghibur serba boleh". Utusan Malaysia. 14 Disember 2006. Dicapai 21 September 2014. 
  3. ^ a b c d Din Beramboi, The JonJenin Site (blog), 12 Jun 2008. Dicapai pada 2 April 2010.
  4. ^ Din Beramboi di Gila-Gila!, Jibam, 11 April 2007. Dicapai pada 2 April 2010.
  5. ^ MOY Publication tutup operasi, majalah Ujang berkubur.
  6. ^ Syarikat MOY Penerbit Majalah Ujang & APO Ditutup 6.8.2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]