Majestic tree hound
Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Majestic tree hound[a] ialah keragaman agak moden bagi anjing baka silang yang tergolong dalam kumpulan coonhound/bloodhound. Ia merupakan baka besar dengan jantan yang berpurata melebihi 100 paun (45 kg).[1][2] Ia mempunyai telinga panjang terletak rendah-rendah, bibir atas berat, dan gelambir yang serupa dengan leluhurnya dari Ardenne. Ia membawa lebih banyak kulit lebihan pada purata berbanding dengan anjing pemburu biru Gascogne Amerika. Sebagai baka silang moden, ia tidak diiktiraf secara rasmi oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pewujudan baka ini adalah sangat baru, namun ternakan aslinya langsung berasal dari Perancis utara zaman pertengahan dan daripada anjing pemburu Santo Hubert.[4]
Anjing-anjing pemburu buruan besar daripada jenis bloodhound/talbot/Santo Hubert mendiami tanah Amerika selama bertahun-tahun dan anjing-anjing ini disilangkan dengan pelbagai anjing pemburu lain untuk kerja penjejakan malis. Orang-orang Majestic berkata bahawa mereka menyilangkan bloodhound ini dengan "anjing pemburu buruan besar barat". Anjing-anjing ini mungkin daripada jenis Gascogne seperti anjing-anjing Old Line atau juga strain-strain daripada anjing pemburu porselin lama dahulu yang menghala ke barat bersama dengan keluarga Rousseau.
Lee Newhart, Jr., dan beberapa orang lain, mewujudkan National Majestic Tree Hound Association pada tahun 1980 dan mendaftarkan anjing pertama pada tahun itu.[5]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Telah ada sesetengah penemuan bagi displasia pinggul serta telinga yang perlu dibersihkan dengan kerap.
Kegiatan
[sunting | sunting sumber]Dengan tujuan untuk rupa bumi lasak dan daya ketahanan lama, ia paling sesuai untuk penjejakan singa, beruang,[6][7] bobcat, dan jaguar.
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Breed Standards for the Majestic Tree Hound" [Piawaian Baka untuk Majestic Tree Hound] (dalam bahasa Inggeris). National Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2018. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Majestic Tree Hound Breed Profile" [Profil Baka Majestic Tree Hound] (dalam bahasa Inggeris). Continental Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Gun dogs" [Gundog] (dalam bahasa Inggeris). Royal Canin. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2018. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Lamb, Vickie (22 September 2015). The Ultimate Hunting Dog Reference Book: A Comprehensive Guide to More than 60 Sporting Breeds [Buku Rujukan Anjing Pemburu Muktamad: Panduan Komprehensif untuk Lebih daripada 60 Baka Sukan] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Skyhorse Publishing. ISBN 9781634504621. OCLC 922000664.
- ^ Hancock, David (28 Februari 2014). Hounds: Hunting by Scent [Hound: Perburuan dengan Bau] (dalam bahasa Inggeris) (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: The Crowood Press. ISBN 9781847976024. OCLC 888743171.
There are also Majestic Tree Hounds, a St Hubert type of Coonhound-Bloodhound mix, standing at around 28in and weighing over 100lb, with their own association, formed in 1980.
- ^ "Black Bear Tracking Dog License" [Lesen Anjing Penjejak Beruang Hitam] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2018. Dicapai pada 15 Mac 2025.
- ^ "STATE COMPILATION OF CODES, RULES AND REGULATIONS OF THE STATE OF NEW YORK, TITLE 6. DEPARTMENT OF ENVIRONMENTAL CONSERVATION, CHAPTER I. FISH AND WILDLIFE, SUBCHAPTER J. MISCELLANEOUS REGULATIONS, PART 187. MISCELLANEOUS BLACK BEAR REGULATIONS" [KOMPILASI NEGERI BAGI KANUN-KANUN, PERATURAN-PERATURAN, DAN ATURAN-ATURAN NEGERI NEW YORK, JUDUL 6. JABATAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, BAB I. IKAN DAN HIDUPAN LIAR, BAB KECIL J. ATURAN LAIN-LAIN, BAHAGIAN 187. ATURAN-ATURAN LAIN BERUANG HITAM] (dalam bahasa Inggeris). Westlaw. Dicapai pada 2 April 2024.