Majlis Agama Islam Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (singkatan:MAIS) adalah satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Dari segi operasi dan pengurusan, MAIS adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang menjalankan hal ehwal yang berkaitan dengan agama Islam di Selangor. Pengerusi MAIS terkini (2009) adalah Dato' Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikenali sebagai satu badan yang tetap dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor. Ia ditubuhkan dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) sebagaimana berikut:

"Hendaklah diadakan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dan disebut dalam bahasa Inggeris 'Council of Religion and Malay Customs Selangor.

Penubuhan Majlis ketika itu adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Nama dan identiti badan ini kemudiannya ditukar kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor berdasarkan kepada seksyen 5 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

"Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari masa ke semasa dipecahkan, ditukar dan diubah dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi Majlis."

Assalamualaikum

Laterbelakang[sunting | sunting sumber]

MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.

MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.

Dari segi operasi dan pengurusan, MAIS adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang menjalankan aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

1. Pengurusan 2. Mal 3. Baitulmal 4. Pembangunan Hartanah 5. Pengauditan 6. Perancang Ekonomi 7. Pembangunan Insan 8. Undang-undang 9. Perhubungan awam 10. Perlindungan Wanita dan; 11. Pemurnian Akidah


Kewajipan MAIS[sunting | sunting sumber]

MAKA HENDAKLAH MENJADI KEWAJIPAN MAJLIS UNTUK MENGGALAKKAN, MENDORONG, MEMBANTU DAN MENGUSAHAKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM DI DALAM NEGERI SELANGOR SELARAS DENGAN HUKUM SYARAK"

Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Fungsi MAIS[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) yang menyatakan seperti berikut:

'Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri inil Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Negeri dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini.'

Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

'Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.'


Pautan luar[sunting | sunting sumber]