Pergi ke kandungan

Majlis Amanah Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

Logo MARA
Pejabat MARA Negeri Perlis di Kangar, Perlis.

Kronologi

[sunting | sunting sumber]

Peranan MARA dalam Pendidikan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan di Malaysia, khususnya dalam meningkatkan pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar Bumiputera. Selain menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak, MARA juga telah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di pelbagai peringkat bagi memenuhi keperluan akademik dan kemahiran teknikal negara.

Antara institusi pendidikan yang ditubuhkan atau diselia oleh MARA adalah seperti berikut:

Pendidikan Menengah

[sunting | sunting sumber]
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) – Ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar Bumiputera berumur antara 13 hingga 17 tahun yang cemerlang dalam peperiksaan awam. MRSM terkenal dengan kurikulum berasaskan sains dan teknologi serta penekanan kepada pembangunan sahsiah pelajar.

Pra-Universiti

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Tinggi

[sunting | sunting sumber]
  • Kolej Profesional MARA (KPM) – Menawarkan program diploma dan High National Diploma (HND) dalam pelbagai bidang profesional.
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) – Sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang menyediakan program diploma dan ijazah dalam bidang seperti perniagaan, teknologi maklumat dan kejuruteraan.
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) – Ditubuhkan pada tahun 1987 dan dinaik taraf kepada status universiti pada 31 Mac 2021. Kini dikenali sebagai:
    • Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) – Menawarkan program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, pasca siswazah, dan profesional dalam bidang seperti perakaunan, perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan dan sains sosial. Universiti ini turut aktif dalam penyelidikan dan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) – Sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional berkualiti tinggi.
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM), kini merupakan universiti awam yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, dan bukan lagi di bawah pentadbiran MARA.

Pendidikan Kemahiran dan Teknikal

[sunting | sunting sumber]
  • Institut Kemahiran MARA (IKM) – Menawarkan latihan kemahiran teknikal dalam pelbagai bidang industri kepada pelajar lepasan sekolah.
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) – Menyediakan latihan kemahiran lanjutan di peringkat diploma tinggi dan setaraf.
  • GiatMARA – Menawarkan latihan kemahiran jangka pendek secara percuma kepada golongan belia dan masyarakat umum, terutamanya di kawasan luar bandar.
  • MARA-Japan Industrial Institute (MJII) – Menawarkan pendidikan teknikal dengan penekanan kepada teknologi dan budaya kerja Jepun.
  • German-Malaysian Institute (GMI) – Sebuah institut latihan teknikal hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jerman, di bawah pentadbiran MARA.

Lokasi Berkaitan

[sunting | sunting sumber]
  • Pulau MARA, Tasik Banding, Belum, Perak – Sebuah lokasi yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim, dan pernah digunakan untuk aktiviti pelajar.


Pengerusi MARA

[sunting | sunting sumber]
Bil Nama Tempoh Perkhidmatan
1 Dato' Abdul Rahman bin Musa 01.12.1965 – 07.06.1967
2 Tan Sri Taib Andak 08.06.1967 – 31.08.1967
3 Y.B Tun Dato' Seri Abdul Ghafar bin Baba 01.09.1967 – 31.10.1971
4 Y.B Dato' Mustapha bin Hj. Abd. Jabar 01.11.1971 – 31.01.1973
5 Encik Abdul Aziz bin Hj. Mohd. Ali 01.02.1973 – 17.09.1973
6 Encik Ahmad bin Hj. Abdul Rahim 18.09.1973 – 30.09.1974
7 Encik Sulaiman bin Osman 01.10.1974 – 31.05.1975
8 Y.B Tan Sri Abdul Aziz Yeop 01.07.1975 – 23.08.1978
9 Dr. Nawawi bin Mat Awin 01.11.1978 – 15.10.1982
10 Y.B Tuan Hj. Abdul Rahim bin Abu Bakar 16.10.1982 – 16.07.1984
11 Tuan Haji Mohd. Ridzuan bin Abd. Halim 17.07.1984 – 16.08.1984
12 Y.B. Tan Sri Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali 17.08.1984 – 31.08.1986
13 Y.B. Tan Sri Dato' Hj. Khalid bin Yunus 01.09.1986 – 31.10.1987
14 Y.B. Dato' Hj. Ismail bin Said 01.11.1987 – 15.01.1991
15 Y.B. Datuk Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar 15.01.1991 – 12.01.1993
16 Y.B. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abd. Aziz 17.03.1993 – 23.07.1995
17 Y.B. Dato' Hj. Othman bin Abdul 24.07.1995 – 31.03.1998
18 Y.B. Ruhanie b. Ahmad 01.04.1998 – 02.04.2000
19 Y.B. Tan Sri Datuk Wira Abu Seman Yusop 03.04.2000 – 31.03.2004
20 Dato’ Zamani b. Md. Noor 03.04.2004 – 15.07.2004
21 Y.B. Brigedier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin 16.07.2004 – 13.08.2008
22 Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Idris bin Jusoh 16.07.2008 – 09.03.2013
23 Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa 10.03.2013 – 31.01.2017
24 Y.B. Datuk Dr. Awang Adek Hussin 01.09.2017 – 30.09.2018
25 Dr. Hasnita Hashim[1] 01.10.2018 – 30.04.2020
26 Y.B Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun 01.05.2020 – 11.03.2023
27 Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki 12.03.2023 – Kini


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]