Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat perniagaan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) diwujudkan pada 18 Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim. Sebelum itu ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Kuala Terengganu.Pada 1 Januari 2008, Kuala Terengganu telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
Ahli Majlis[sunting | sunting sumber]
![]() | Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Wakil Rakyat Bandar Raya Kuala Terengganu[sunting | sunting sumber]
- Kuala Terengganu (kawasan persekutuan) Kuala Terengganu YB Datuk Ahmad Amzad Hashim
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987