Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Bandaraya Kuching Selatan
مجليس بندارايا كوچيڠ سلتن
MBKS
Lambang atau logo
Jenis
Jenis Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Datuk Bandar Kuching Selatan Dato James Chan Kay Syn
Tempat persidangan
Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Jalan Padungan, 93675 Kuching,
Laman sesawang
mbks.sarawak.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) merupakan sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996. Pentadbirannya merangkumi kawasan bandar raya Kuching Selatan. Seperti pihak berkuasa tempatan yang lain, MBKS bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan asas kepada orang awam yang menetap di kawasan seluas 61.53km persegi di bawah kawasan tadbirannya.

Majlis ini diketuai oleh seorang datuk bandar yang dibantu oleh timbalannya dan 25 orang ahli Majlis. Ahli-ahli Majlis ini dilantik oleh kerajaan negeri untuk berkhidmat selama 2 tahun dan tempoh perkhidmatan mereka akan diperbaharui selagi perkhidmatan mereka masih diperlukan. Ahli-ahli Majlis ini terdiri daripada komponen komponen parti politik Barisan Nasional di Sarawak yang bertanggungjawab menggubal polisi-polisi tersebut dengan sistematik dan berkesan.

Majlis menjalankan pentadbirannya dengan menggunakan sistem jawatankuasa. Semua jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk membincangkan isu-isu dalam bidang jawatankuasa masing masing. Segala keputusan yang dibuat oleh setiap jawatankuasa akan dibentangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Induk pada setiap akhir bulan untuk diterimapakai oleh Majlis.

Setiausaha Bandaraya menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawai Tadbir dalam Majlis Bandaraya. Majlis ini dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Pentadbiran, Perbendaharaan, Bangunan dan Lanskap, Kejuruteraan, Pencukaian dan Penilaian, Kesihatan Awam, dan Perlesenan. Setiap bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang bertanggungjawab untuk mengawal belanjawan bahagian seperti yang diluluskan dalam Belanjawan Tahunan Majlis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa fungsi dan peranan Majlis yang dahuluinya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya semasa zaman pemerintahan Kerajaan Brooke. Sir Charles Vyner Brooke ditabalkan pada 22 Julai 1918 sebagai pemerintah Dinasti Brooke yang ketiga.

Pada tahun 1921, Lembaga Kebersihan dan Penasihat Kuching telah ditubuhkan. Dengan pembentukan undang-undang baru pada 1 Januari 1934, Lembaga ini mula dikenali sebagai Kuasa Perbandaran. Ini menandakan kewujudan awal kuasa tempatan untuk Kuching yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuching (Kuching Municipal Council).

Kerajaan Pusat telah memberi pertimbangan untuk menganugerahkan status Perbandaran sepenuhnya kepada Lembaga ini. Malangnya peperangan tercetus pada 1941 dan isu ini diketepikan sehinggalah Kerajaan Awam kembali berkuasa pada 1946 setelah Sarawak menjadi tanah jajahan British.

Pada tahun 1947, Lembaga telah mendapati perlu untuk bagi Lembaga kian bertambah. Pesuruhanjaya Majlis Perbandaran menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan pelbagai masalah pentadbiran dalam hanya satu mesyuarat bulanan.

Dalam tahun 1949, Gabenor Sarawak mengarah Pengerusi bagi Lembaga Majlis Perbandaran Kuching supaya mengemukakan kertas kerja cadangan untuk menukarkan Majlis Perbandaran kepada entiti kerajaan tempatan yang membiayai kewangan dan menguruskan pentadbirannya secara tersendiri. Keputusan ini telah membawa kepada penubuhan Majlis Perbandaran bebas dan berautonomi pada 1 Januari 1953.

Pada masa itu, perlantikan ahli-ahli Majlis Perbandaran yang berasaskan unsur perkauman ini terdiri daripada 24 wakil awam diketuai oleh Pegawai British sebagai Pengerusi. Gabenor Sarawak berkuasa untuk melantik Pengerusi Majlis dan 6 wakil yang menjaga kepentingan masyarakat dari beberapa segi. Manakala 18 wakil Majlis dicalonkan oleh pelbagai persatuan yang mewakili kaum Cina, Melayu, India, Ceylon, Dayak dan British. Pemilihan 18 wakil ini memerlukan pengesahan dari Gabenor.

Dalam tahun 1956, Gabenor Sarawak telah berusaha mengadakan pengundian bebas pada 4 November . Sejumlah 58 orang telah menawarkan diri sebagai calon untuk 9 wad dan 27 kerusi dalam Majlis baru. Majlis baru yang dipilih mula berkhidmat pada 1 Disembar 1956. Pengerusi dan Naib Pengerusi dipilih daripada kalangan ahli Majlis yang memegang jawatan selama 1 tahun dan berkelayakan untuk dipilih semula. Walau bagaimanapun, sistem pengundian bebas ini hanya kekal beberapa tahun sahaja.

Tempoh perlantikan bagi wakil Majlis yang selama 3 tahun pada tahun 1963 telah tamat pada 30 Jun 1966, tetapi oleh kerana disebabkan olek faktor politik, tempoh perlantikan mereka telah dipanjangkan oleh Kerajaan Negeri. Ini bermakna ahli Majlis yang dipilih pada pilihanraya tempatan yang ke-3 pada tahun 1963 telah berkhidmat sehingga 14 Oktober 1981.

Enakmen untuk Ordinan Majlis Perbandaran Kuching (Amendment) (No. 2) 1977 pada 15 Disember 1977 di antara perkara lain, menggantikan sistem pilihan raya bagi wakil Majlis dengan sistem perlantikan. Dengan syarat Majlis terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan tidak kurang daripada 8 orang dan tidak lebih 24 orang ahli Majlis yang dilantik oleh Gabenor untuk berkhidmat tidak melebihi 3 tahun. Pertukaran Ordinan berkuatkuasa pada 15 Oktober 1981 di mana semua wakil Majlis dilantik untuk membentuk jawatankuasa yang baru dan semua wakil Majlis yang lama berhenti memegang jawatan pada 14 Oktober 1981.

Pada 1 Ogos 1988, Majlis Perbandaran telah dinaik taraf kepada bandaraya dan Kuching telah menjadi bandar raya yang ke-3 di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Tarikh yang bersejarah ini juga menandakan pembahagian pentadbiran kepada Kuching Utara (meliputi kebanyakan kawasan penting Kuching di mana sebelum ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuching dan meliputi kawasan baru melintasi Sungai Sarawak yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching) dan Kuching Selatan (meliputi sebahagian kawasan yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuching di bahagian timur Kuching dan beberapa kawasan baru sehingga ke barat yang sebelum ini ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar Kuching) yang merangkumi kawasan seluas 61.53 km persegi.

Senarai Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching (1956-1988) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (1988-sekarang)[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Kuching (1 Disember 1956-31 Julai 1988)[sunting | sunting sumber]

  1. YBhg. Mendiang Tan Sri Datuk William Tan (1 Disember 1956-1959)
  2. YBhg. Mendiang Tan Sri Ong Kee Hui (1959-1965)
  3. YBhg. Mendiang Encik Song Thian Cheok (1965-1978)
  4. YBhg. Allahyarham Datuk Haji Abdul Kadir Marican (1978-1981)
  5. YBhg. Mendiang Tan Sri Stephen Yong Kuet Tze (1981-1982; bermula dari 1981, Gelaran 'Presiden' diganti dengan 'Pengerusi' ketika penstrukturan semula Majlis Perbandaran Kuching)
  6. YBhg. Datuk Song Swee Guan (1982-31 Julai 1988, Pengerusi terakhir Majlis Perbandaran Kuching sebelum pengisytiharan penaiktarafan status Kuching kepada Bandaraya pada 1 Ogos 1988)

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (1988-sekarang)[sunting | sunting sumber]

  1. YBhg. Datuk Song Swee Guan (1 Ogos 1988-1996)
  2. YBhg. Datuk Bandar Chan Seng Khai (1997-2006)
  3. YBhg. Mendiang Datuk Bandar Chong Ted Tsiung (2006-2007)
  4. YBhg. Datuk Bandar James Chan Khay Syn (2008-sekarang)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]