Majlis Bandaraya Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majlis Bandaraya Miri
Majlis Bandaraya Miri
Seal of Miri.svg
Miri City Council 2.jpg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk20 Mei 2005; 14 tahun yang lalu (2005-05-20)
Agensi terdahulu
  • Majlis Bandar Miri
Di bawah bidang kuasaMiri
Ibu pejabatJalan Raja, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
MotoMaju Bersama Masyarakat
Eksekutif agensi
  • Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar
  • Julaihi Mohamad, Timbalan Datuk Bandar
  • Mohamad Junaidi Mohidin, Setiausaha Bandar
Tapak webwww.miricouncil.gov.my

Majlis Bandaraya Miri telah ditubuhkan pada awal tahun 1930-an. Pada 1933, Lembaga Perbandaran Miri telah ditubuhkan selepas enakmen Aturan Perbandaran No. M-7, 1933. Lembaga ini mengandungi Residen Bahagian Keempat sebagai Pengerusi dengan pegawai-pegawai perbandaran dan beberapa Ketua-ketua Masyarakat sebagai ahlinya. Ia berterusan sehingga kedatangan penjajahan pemerintah Jepun pada bulan Disember 1941 sehingga tahun 1945.

Pada 01 Januari 1956, Lembaga Perbandaran Miri dibentuk semula dan menjadi Majlis Bandaran Miri yang bertanggungjawab terhadap sistem kewangannya sendiri dan menguruskan hal ehwal tempatan. Majlis ini mempunyai 17 orang ahli yang dilantik.

Pilihanraya yang pertama kalinya berlangsung di Miri berlangsung dalam bulan Disember 1960. Ahli-ahli Majlis yang dipilih sepenuhnya ini berperlembagaan di bawah Aturan Kuasa Tempatan (Majlis Daerah Miri) 1960 dan mula berfungsi pada 09 Januari 1961. Di bawah Perlembagan baru ini, Majlis telah diubah dari Majlis Bandaran kepada status Majlis Daerah bagi menampung keperluan pembangunan-pembangunan yang baru dalam bidang kerajaan tempatan dengan tujuan mengembangkan kawasannya bagi meliputi seluruh kawasan daerah kecil pentadbiran Miri. Majlis ini mengandungi 18 orang ahli-ahli yang dipilih. Jurutera Bahagian, Penguasa Tanah dan Ukur, Pegawai Perubatan Bahagian, Pegawai Pelajaran Bahagian dan Penguasa Polis sebagai penasihat kepada majlis.

Pilihanraya umum kedua Majlis telah diadakan pada bulan Mei/Jun 1963. Daerah ini telah dibahagikan kepada 14 bahagian pilihanraya dengan 19 ahli-ahli. 5 daripada 19 ahli-ahli telah dipilih untuk menganggotai Majlis Penasihat Bahagian. Kawasan ketika itu ialah 377 batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 24 049 orang berdasarkan laporan banci penduduk 1960.

Sempena penstrukturan semula kuasa-kuasa tempatan dalam Negeri pada tahun 1981, Majlis Daerah Miri telah ditukar ke Perbandaran dan Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik pada 6 November 1981. Majlis Perbandaran Miri yang baru distruktur semula mengandungi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang Ahli-ahli Majlis yang dilantik.

Majlis Bandaraya Miri adalah di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak merupakan sebuah badan yang menguruskan pembangunan untuk Bandar raya Miri. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Miri ialah seluas 1,000 km persegi. Fungsi badan ini bertambah penting apabila Miri diiktiraf menjadi bandaraya pada 20 Mei 2005.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]