Majlis Belia Negeri Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Logo Majlis Belia Negeri Johor.png

Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan belia di Johor.

MBNJ ditubuhkan pada tahun 1947 dan sebelumnya dikenali sebagai Majlis Pemuda-Pemudi Johor (Johor Youth Council - JYC).

MBNJ merupakan salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia merupakan badan induk pertubuhan dan persatuan belia di Negeri Johor.

Penaung[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2018, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor telah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja Majlis Belia Negeri Johor.


Badan Gabungan[sunting | sunting sumber]

MBNJ dibentuk dari gabungan 22 badan gabungan terdiri dari pertubuhan dan persatuan belia di peringkat negeri. Antara badan gabungan MBNJ adalah;

1. 10 Majlis Belia Daerah Negeri Johor,

2. Gerakan Belia 4B Negeri Johor,

3. Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru,

4. Majlis Belia Felda Wilayah Segamat,

5. Angkatan Belia Islam (ABIM),

6. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) ,

7. Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Negeri Johor,

8. Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Negeri Johor,

9. Majlis Belia Hindu Malaysia Negeri Johor,

10.Persatuan Belia Xiang Lian Cawangan Negeri Johor,

11. Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Johor, dan

12. Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Negeri Johor.

Peranan[sunting | sunting sumber]

MBNJ berperanan dalam sektor pembangunan belia khususnya di Negeri Johor.

Alamat Surat Menyurat[sunting | sunting sumber]

MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
No 9-01, Jalan Padi Emas 3/2,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Email: majlismbnj@gmail.com
Facebook Page: Majlis Belia Negeri Johor

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Daftar persatuan di Malaysia

Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Daerah Segamat

Pendaftar Pertubuhan Belia