Majlis Belia Negeri Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Belia Negeri Pahang ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan Belia Dan pelajar di Negeri Pahang. Penubuhan Majlis Belia Negeri Pahang Peringkat (Penaja) diadakan pada tahun 1972 apabila Dato' Kurnia Wira Kapten (B) Haji Muhammad Ali Bin Mohammad telah dilantik sebagai Presiden MBNP Yang pertama. Majlis Belia Negeri Pahang didaftarkan secara rasmi Dibawah Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia Dengan nombor Pendaftaran PPBM 0007/08 pada tahun 2012 serta secara sah mewakili golongan belia di Negeri Pahang.

Terdapat 29 Badan Gabungan Belia di bawah MBNP meliputi Majlis Belia Daerah-daerah di Pahang serta Badan NGO Belia yang mendaftar bersama Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) seperti Gerakan Belia 4B Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS Pahang), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Negeri Pahang (YAMC),Majlis Belia Felcra Negeri Pahang ,Majlis Belia India Negeri Pahang (MIYC), Pergerakan Puteri Islam Malaysia Negeri Pahang (Puteri Islam), Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Pahang (ABIM), Persatuan St.John Ambulans Negeri Pahang (St.John), Persatuan Xiang Lian, Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Pahang (YMM), Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang (Pengakap),Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang,Majlis Belia Felda Pahang (MBFP), Ikatan Pelajar Islam Pahang, Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang (KBBT), Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Persatuan Belia Buddhist Malaysia Negeri Pahang, Hindu Youth Organisation Negeri Pahang (HYO) dan dijangka Lebih banyak lagi badan-badan NGO di Negeri Pahang akan bersama Dan bergabung Dibawah satu bumbung bersama MBNP.

Pada 2 May 2021 MBN Pahang telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (Pemilihan) Bagi memilih barisan Jawatankuasa baru. Didalam Mesyuarat Agung tersebut, badan-badan NGO Yang bergabung bersama MBNP telah memilih Encik Mohd Izzat Afifi Bin Dato' Abdul Hamid Dari Badan Gabungan (Pengakap Pahang) sebagai Presiden MBNP yang baru, sebelum ini MBNP telah dipimpin oleh Encik Wan Emril Nizam Bin Wan Embong Dari Badan Gabungan (GPMS Pahang).

Barisan Jawatankuasa Terkini Majlis Belia Negeri Pahang:

Presiden: Mohd Izzat Afifi Bin Dato'Abdul Hamid (Pengakap Pahang)

Timbalan Presiden: Nor Aliff Bin Yaakob (4B Pahang)

Naib Presiden 1: Chong Jun Seng (YMM Pahang)

Naib Presiden 2: Asrullah Affendi Bin Abdullah (MBFM Pahang)

Naib Presiden 3: Normarina Misuari Binti Baharodin (GPMS Pahang)

Setiausaha Agung: Wan Muhammad Hafizul Bin Wan Ismail (GPMS Pahang)

Penolong Setiausaha Agung: Anwar Ridhwan Bin Muhammad Azhari (ABIM Pahang)

Bendahari: Saharuddin Bin Ahmad (4B Pahang)

Penolong Bendahari: Prathap A/L Sasuraja (KBBT Pahang)

Ketua Penerangan: Mohd Nor Zulfardli Bin Mat Daud (MBD Pekan)

Exco MBNP: Nur Amin Bin Nor Azahar (MAYC Pahang)

Muhammad Nasba Bin Nasaruddin (4B Pahang)

Hafiza Binti Mohd Khir Juhari (MBD Maran)

Nabil Fiqri Bin Dato' Nor Azmi (GPMS Pahang)

Mohd Abu Na'aziem Bin Abu Talib (GPMS Pahang)

Husyin Bin Abd Murat (MBD Temerloh)

Siti Nur Fatihah Binti Zamuri (Pandu Puteri Pahang)

Abdul Mubin Bin Hassan Basri (MBD Kuala Lipis)

Zulfadlee Bin Dato' Lias (Pengakap Pahang)

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman (ABIM Pahang)

Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas: Nik Mohd Ridzuan Bin Kamaruddin

Pemeriksa Kira-Kira: Nur Hazwani Mohd Hanafiah (MAYC Pahang)

Mohd Norfirdaus Bin Mohd Yunos (4B Pahang)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negeri Pahang. Penubuhan MBNP (Penaja) adalah pada tahun 1972 apabila Dato’ Kurnia Wira Kapten (B) Haji Muhammad Ali Bin Mohamad sebagai Presiden yang pertama. Majlis Belia Negeri Pahang didaftarkan semula secara rasmi dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia dengan nombor pendaftaran PPBM 0007/08 pada tahun 2012.

Sepanjang sejarah penubuhannya, MBNP telah memainkan peranan penting didalam melahirkan pimpinan negeri dan negara. Ini termasuklah YB Dato’ Sri Ishak Muhammad, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Norol Azali, Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Johari Bin Hj Hussain, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan terkini YB Mohd Sharim Md Zin, Adun Chini yang merupakan Naib Presiden MBNP sesi 2017-2020

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Majlis Belia Negeri Pahang
Blok A, Tingkat 2, Wisma Belia Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

No. Tel: 09-573 9328

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?p=11956

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

• mbnphg@gmail.com • info@beliapahang.org