Majlis Daerah Bera
Majlis Daerah Bera ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan telah beroperasi selama 9 tahun 5 bulan. Keluasan kawasan Majlis Daerah Bera adalah 1,970 km persegi (tidak termasuk Hutan Simpan) (89.0 %) manakala luas kawasan operasi pula adalah 270 km persegi (14.0 %).
Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]
- Misi
Membangunkan daerah Bera setanding dengan daerah-daerah lain, selaras dengan hasrat kerajaaan Negeri untuk memperseimbangkan pembangunan bagi seluruh daerah di negeri ini.
- Visi
Matlamat Majlis Daerah Bera ialah menjadikan Majlis Daerah Bera Maju, Indah, Bersih, Tersusun dan Bersistematik yang dapat disebarkan secara meluas ke seluruh kawasan serta mempunyai kemudahan-kemudahan yang setanding dan bertaraf Perbandaran.
Objektif[sunting | sunting sumber]
- Mempastikan pembangunan bandar dilaksanakan dengan terancang dan terkawal melalui perancangan yang sistematik dan praktikal.
- Meningkatkan kualiti perbandaran melalui perkhidmatan yang cekap, berkesan dan menyeluruh.
- Menjalin keselesaan dan keindahan alam sekitar sentiasa ditahap yang baik.
Fungsi[sunting | sunting sumber]
- Merancang, merangka dan mengawal pembangunan termasuk penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.
- Menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran dan pusat-pusat penempatan utama.
- Mengawalselia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar.
- Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan dan kawalan penyakit berjangkit.
- Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja serta pengiklanan dan papan tanda.
- Membina dan menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar.
- Menyelenggara dan mengindahkan bandar dengan landskap yang menarik.
- Menyediakan kemudahan awam yang lengkap dan selesa seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, taman rekreasi dan sebagainya.
Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti kepada setiap pelanggan dan sentiasa berusaha menjadikan kawasan Majlis Daerah Bera maju dan ceria.
Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]
- Perkhidmatan Penguatkuasaan :
Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Bera ditubuhkan bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada bahagian penjaja kecil, bahagian perlesenan, Majlis Daerah Bera. Selain melaksanakan tindakan sumari (Perobohan dan Rampasan) untuk berbagai bahagian dalam Majlis, Bahagian Penguatkuasaan ditugaskan juga untuk melaksanakan Akta / Undang-undang Kecil.
- Perkhidmatan Aduan
Bahagian Penguatkuasaan juga mengendalikan perkhidmatan aduan orang ramai setiap hari. Jenis-jenis aduan yang sering diterima adalah:-
- Halangan di kaki lima / siarkaki awam
- Halangan di tempat letak kereta
- Halangan binatang peliharaan (lembu, kerbau) yang berkeliaran
- Kekotoran di tempat awam
- Perbuatan yang dilarang di taman
- Pembakaran terbuka
- Pembinaan haram
- Penjaja/peniaga haram