Majlis Daerah Betong
Betong District Council | |
![]() | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Januari 1948 |
Bidang kuasa | Daerah Betong |
Ibu pejabat | Bangunan Kubu Rentap, 95700 Betong, Sarawak. 1°24′52″N 111°32′17″E / 1.41442°N 111.53812°EKoordinat: 1°24′52″N 111°32′17″E / 1.41442°N 111.53812°E |
Eksekutif Agensi |
|
Laman sesawang | betongdc |
Majlis Daerah Betong (bahasa Inggeris: Betong District Council ) ialah pihak berkuasa tempatan yang di mana mentadbir pekan Betong dan kawasan yang berpenduduk di seluruh Daerah Betong dalam negeri Sarawak, Malaysia.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Majlis Daerah Betong ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 Januari 1948 yang juga merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan yang terawal yang ditubuhkan di Sarawak. Pada ketika itu, ia dikenali sebagai Saribas Dayak Local Authority dan pejabat pertamanya terletak sebuah bangunan kerajaan di Pun Embawang. Pengerusi pertama Majlis Daerah Betong adalah Temenggong Datuk Bernanrd Montegrai Anak Tugang.[1] Misi Majlis Daerah Betong ialah mewujudkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan pihak berkuasa tempatan yang cekap dan berkesan dengan memberikan keutamaan dan pencapaian prestasi yang berorientasikan pelanggan.[2]
Organisasi[sunting | sunting sumber]
Majlis Daerah Betong dipimpin oleh seorang pegawai daerah iaitu, Sofhi bin Jebal.[3]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Latar Belakang". Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 2021-10-10.
- ^ "Visi dan Misi". Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 2021-10-10.
- ^ "Carta Organisasi". Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 2021-10-10.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Majlis Daerah Betong. Dicapai pada 25 Mei 2021.