Majlis Daerah Cameron Highlands

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Majlis Cameron Highlands

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1982 bagi mentadbir kawasan Cameron Highlands, berikutan penyusunan semula Penguasa Tempatan di Negeri Pahang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sebelum ini, iaitu pada 1955, Majlis Daerah Cameron Highlands dikenali sebagai Lembaga Bandaran Cameron Highlands yang merangkumi Tanah Rata dan Brinchang sahaja manakala Bandar Ringlet dikenali sebagai Majlis Tempatan Ringlet.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

William Cameron yang berkhidmat sebagai juruukur kerajaan semasa pemerintahan British telah menemui Cameron Highlands semasa membuat ekspedisi di kawasan Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885. Kawasan tersebut kemudiaanya dibangunkan sebagai Hill Station oleh pihak kerajaan semasa itu. Diwujudkan sebagai pentadbiran daerah yang tersendiri selepas Perang Dunia Kedua. Majlis Daerah Cameron Highlands ditadbir oleh sebuah jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pembangunan Cameron Highlands sehingga penghujung tahun 1931. Kemudian Cameron Highlands ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah yang dilantik di bawah pengawasan Pegawai Daerah Lipis.

Pada peringkat awal Majlis Daerah Cameron Highlands hanya mempunyai 45 orang pekerja sahaja dan pada tahun 1998 angka tersebut meningkat ke 100 orang. Walau bagaimanapun sebahagian daripada kakitangan Majlis Daerah Cameron Highlands telah diserapkan ke perkhidmatan swasta iaitu Perkhidmatan Pembentungan (IWK) dan Perkhidmatan Pelupusan Sampah (Alam Flora).

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi
Membangunkan keseluruhan kawasan MDCH sebagai sebuah daerah pelancongan yang dinamik dan mampan serta masyarakat yang berbudaya lestari dan cemerlang.
  • Visi
Menjadikan MDCH sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terbaik dari segi penyampaian di Malaysia.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan pembangunan yang rasional dan dinamik melalui kawalan perancangan dan pembinaan untuk memelihara mutu alam sekitar.
  • Menyediakan infrastruktur, kemudahan -kemudahan awam dan rekreasi untuk keselesaan dan kesejahteraan hidup masyarakat
  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju
  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sektor perumahan, dan perniagaan sebagai penggerak pembangunan ke arah matlamat menjadikan Cameron Highlands sebagai Pusat Pelancongan yang beriktiraf antara yang terbaik di Pahang dan Malaysia.
  • Mewujudkan satu sistem pengurusan yang komited untuk menghasilkan perkhidmatan majlis yang cekap bagi menepati kepuasan pelanggan

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur
  2. Menyelaras dan membantu membangunkan pekan atau bandar-bandar baru
  3. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju
  4. Mengindahkan bandar dengan landskap yang menarik
  5. Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda
  6. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan berpenyakit

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  1. Padang golf
  2. Hotel

Pautan luar[sunting | sunting sumber]