Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majlis Daerah Hulu Selangor)
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
مجليس دايره هولو سلاڠور

MPHS
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
YBRS. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd [1], A.M.S.
Moto
MAJU PERKASA HASIL SEMUA
Tempat persidangan
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mphs.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor berpusat di Kuala Kubu Bharu mukim Ampang Pechah.


Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dinaik taraf status perbandaran pada 21 Oktober 2021 dan diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor.

Sejarah, Bandar dan Mukim[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPHS adalah hasil gabungan :

  • Majlis Tempatan Asam Kumbang
  • Majlis Tempatan Kalumpang

Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis sehingga tahun 2015 adalah 175,670.11 hektar yang meliputi 14 mukim iaitu:.

  • Mukim Ulu Bernam
  • Mukim Sungai Tinggi
  • Mukim Sungai Gumut
  • Mukim Kuala Kalumpang
  • Mukim Kalumpang
  • Mukim Kerling
  • Mukim Buloh Telor
  • Mukim Ampang Pechah
  • Mukim Peretak
  • Mukim Rasa
  • Mukim Batang kali
  • Mukim Ulu Yam
  • Mukim Serendah
  • Mukim Bandar Sungai Chik

Kawasan yang ditadbir oleh MPHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:

Luas Kawasan Pentadbiran Hektar
Kawasan pentadbiran MPHS yang asal 5,501.42
Pertambahan kawasan baru 21,536.29
Jumlah keluasan MPHS 27,037.71
Keluasan Daerah Hulu Selangor 175,670.11

Mulai 21 Oktober 2021 Majlis Daerah Hulu Selangor Dinaiktaraf Kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Misi, Visi & Objektif[sunting | sunting sumber]

Peranan

  • Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.

Disamping bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan juga berperanan memberi perkhidmatan seperti berikut:

  1. Pembekal Perkhidmatan
  2. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
  3. Pemangkin Pembangunan Sosial & Ekonomi
  4. Pelindung Alam Sekitar Bandar
  5. Pengutip Hasil Cukai

Misi

  • Menyediakan Perkhidmatan Perbandaran dan Membangunkan Sosio-Ekonomi Bagi Meningkatkan Kualiti Kehidupan.

Visi

  • Hulu Selangor Maju, Dinamik, Harmoni dan Sejahtera.

Objektif

  • Memberi serta menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada semua penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Moto MPHS

  • MAJU PERKASA HASIL SEMUA

Slogan MPHS

  • DARIPADA ANDA UNTUK ANDA

Mukim di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Hulu Selangor mentadbir seluruh kawasan di dalam daerah Hulu Selangor.

Mukim yang berada di bawah MPHS ialah mukim Hulu Bernam, Kuala Kalumpang, Kalumpang, Kerling, Ampang Pechah, Sungai Tinggi, Sungai Gumut, Rasa, Serendah, Batang Kali, Hulu Yam, Peretak dan Buloh Telor.

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]