Majlis Daerah Jerantut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Majlis Daerah Jerantut


Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 1 September 1979. Bermula dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Daerah. Majlis Daerah Jerantut telah dinaikkan taraf dari Lembaga Bandaran Kepada Majlis Daerah dan telah disusun semula pada 1 Mac 1982.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Jerantut telah ditubuhkan pada 2 Oktober 1982 yang merangkumi kawasan seluas 12,109.00 hektar. Daripada jumlah itu 3,020.00 hektar telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 9,021.00 hektar telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Kawasan-kawasan yang dimaksudkan adalah merangkumi Bandar Jerantut, Batu Balai, Damak, Jerantut Feri dan Kuala Tembeling.

Senarai Ahli Majlis Daerah Jerantut[sunting | sunting sumber]

  • Berikut senarai Ahli Majlis Daerah Jerantut :
Nama Jawatan
YH. DATO' SYED AB. MUTALIB BIN SYED HASSAN, DIMP., AAP., PMC. Pegawai Daerah Jerantut
Supt. Jamaludin bin Abd. Rahman,AMN, PPP, AAP Ketua Polis Daerah Jerantut
Dr. Haji Roslan bin Ismail, AMP Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut
En. Rosli Jurutera Daerah (JKR Jerantut))

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur
  • Menyelaras dan membantu membangunkan pekan atau bandar-bandar baru
  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju
  • Mengindahkan bandar dengan landskap yang menarik
  • Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda
  • Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan berpenyakit
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak dan perhentian bas
  • Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja
  • Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar
  • Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar
  • Membina serta menyelenggara parit dan longkang

Misi Dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Visi Majlis Daerah Jerantut

Memajukan semua sektor ke arah mewujudkan kekuatan dan kemantapan ekonomi, kesejahteraan hidup dan keadilan sosial bagi Daerah Jerantut.

  • Misi Majlis Daerah Jerantut

Merealisasikan Majlis Daerah Jerantut sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang maju dan makmur berteraskan pengurusan yang dinamik dan progresif berlandaskan kepada pengurusan sumber dan personel yang produktif menjelang tahun 2020.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Matlamat

Matlamat utama Majlis Daerah Jerantut ialah untuk menjelaskan bandar sebagai pusat pertumbuhan yang maju, indah, bersih dan tersusun serta mempunyai kemudahan-kemudahan bertaraf perbandaran.

  • Objektif

1.Merancang dan menggalakkan pembangunan secara lebih sistematik dan selaras dengan dasar-dasar Majlis Daerah Jerantut. 2.Mewujudkan suasana pembangunan yang bersesuaian bagi menjadikan Jerantut sebagai pintu masuk utama pelancong. 3.Membuat penelitian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan penyertaan Bumiputra dipelbagai sektor perdagangan. 4.Menentukan arah dan corak pembangunan serta penggunaan tanah terutamanya untuk pembangunan baru dan pembangunan semula selaras dengan struktur dan fungsi penempatan. 5.Meningkatkan susunan fizikal bandar serta memperbaiki sistem lalulintas semasa dengan keperluan yang bersesuaian.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kami kakitangan Majlis Daerah Jerantut dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti di dalam semua bidang tugas yang telah diamanahkan, di antara lain mencakupi perkara-perkara seperti berikut:

1.Memproses borang permohonan lesen dalam tempoh satu bulan setelah mendapat pandangan dari jabatan-jabatan yang terlibat 2.Mengeluarkan permit sementara perniagaan dalam masa 1 hari setelah mendapat kelulusan Yang DiPertua, Setiausaha dan Ketua Bahagian 3.Mengeluarkan surat tawaran kepada pemborong yang berjaya selepas 7 hari bekerja dari tarikh sebutharga diputuskan oleh J/K Tender MDJ 4.Membuat perakuan siap kerja dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan inden ke pejabat 5.Menyelesaikan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima tuntutan bayaran 6.Mengambil tindakan ke atas segala aduan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan landskap seperti pemotongan rumput, kebersihan jalan, pelepah pokok dan penebangan pokok dalam tiga hari bekerja 7.Memproses permohonan penyewaan peralatan MDJ dalam tempoh 7 hari bekerja 8.Memproses permohonan secara serentak bagi konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) Projek Impak Tinggi dan 9.Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh 4 hingga 6 bulan daripada tarikh penerimaan yang lengkap

Jabatan[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Khidmat Pengurusan

1.Bahagian Pentadbiran Dan Urusetia 2.Bahagian Teknologi Maklumat 3.Bahagian Penguatkuasaan

  • Jabatan Undang-Undang

1.Bahagian Undang-Undang

  • Jabatan Perbendaharaan

1.Bahagian Kewangan dan Akaun

  • Jabatan Penilaian

1.Bahagian Penilaian dan Cukai Taksiran

  • Jabatan Kawalan Perancangan

1.Bahagian Perancang dan Landskap

  • Jabatan Kejuruteraan

1.Bahagian Teknikal dan Pembangunan

  • Jabatan Khidmat Masyarakat

1.Bahagian Pelesenan, Kebersihan dan Kesihatan

  • Unit Pusat Setempat (OSC)

Senarai Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Kaunter Pembayaran
  • Perlesenan dan kawalan aktiviti perniagaan
  • Perbandaran
  • Sewa dewan
  • Unit pusat setempat

Mukim[sunting | sunting sumber]

Di antara mukim yang terdapat di dalam Daerah Jerantut ini ialah :

Mukim Keluasan (KM Persegi)
Pedah 21.46
Burau 18.10
Tebing Tinggi 9.21
Ulu Cheka 27.60
Pulau Tawar 21.20
Kuala Tembeling 10.02
Tembeling Tengah Tiada
Teh 12.50
Kelola Tiada
Ulu Tembeling Tiada

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]