Majlis Daerah Raub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Majlis Daerah Raub

Majlis Daerah Raub atau singkatanya ialah MDR ini telah ditubuhkan melalui warta kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 4 Jun 1981 (Jilid 34/12, No. Gn 339, Pekan No.Pw 1236) yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1981. Ianya merangkumi kawasan seluas 110.31 kilometer persegi. Oleh yang demikian keluasan keseluruhan kawasan majlis telah bertambah menjadi 977.207 kilometer persegi. Kawasan Majlis Daerah Raub telah diperluaskan dengan mengambil keluasan Bukit Fraser dan lain-lain kawasan dalam daerah Raub kecuali kawasan hutan simpan berkuatkuasa pada 7 November 1997 melalui Warta Kerajaan negeri Pahang Darul Makmur bertarikh 31 Disember 1998, (Jilid 51/27, No GN 1082, Pelan NO. PW. 3270).

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Visi

Menjadikan Majlis Daerah Raub sebagai sebuah PBT yang terunggul dalam Negeri Pahang Darul Makmur.

  • Misi

Membangunkan keseluruhan kawasan Majlis Daerah Raub sebagai sebuah bandar sejahtera dalam masyarakat berbudaya cemerlang.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan MDR memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
  • Menentukan pembangunan mengikut undang-undang, rancangan struktur dan rancangan tempatan serta dasar - dasar kerajaan.
  • Menentukan warga MDR mempunyai tahap kompetensi yang cemerlang.
  • Menentukan kedudukan dan pengurusan kewangan MDR sentiasa kukuh dan telus.
  • Melibatkan penyertaan masyarakat dalam perlaksanaan pelbagai program dan projek MDR - Local agenda 21.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Mengutip cukai taksiran, lesen perniagaan dan pengiklanan.
  2. Merancang melaksanakan serta mengawalselia pembangunan selaras dengan rancangan struktur, rancangan tempatan dan dasar - dasar kerajaan.
  3. Menyelaras dan memberi kerjasama kepada jabatan - jabatan lain serta pihak swasta untuk membangunkan sesuatu kawasan dalam pelbagai program.
  4. Mengawalselia aktiviti pelupusan sisa pepejal oleh Alam Flora Sdn. Bhd dan pembersihan bandar serta kawasan operasi.
  5. Mengawalselia dan menguatkuasa perkhidmatan kawalan makanan, premis jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit bersama Jabatan Kesihatan.
  6. Mempertingkatkan keindahan kawasan MDR di samping memelihara dan memuliharakan landskap semulajadi yang sedia ada unik.

Strategi Majlis Daerah Raub[sunting | sunting sumber]

  • Berorientasikan pelanggan dan pro perniagaan (Customer Oriented And Business Like).
  • Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta - akta yang digunapakai oleh MDR, dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rancangan struktur serta rancangan tempatan secara efektif.
  • Mewujudkan Warga Majlis Daerah Raub yang lebih berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran mengikut perkembangan atau keperluan sesama.
  • Melaksanakan urus tadbir kewangan yang cemerlang.
  • Melaksanakan budaya turun padang dan komunikasi terbuka dalam konteks perkhidmatan serta pembangunan dalam kawasan MDR.

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan satu jentera pentadbiran dan sistem pengawasan pentadbiran yang terbaik serta pengurusan tenaga manusia yang teratur dan cekap bersesuian dengan peranannya sebagai Pusat Pentadbiran Majlis Daerah Raub. Bagi mencapai matlamat ini tindakan-tindakan seperti berikut perlu diambil:

  1. Urusan pentadbiran yang cekap, baik dan teratur.
  2. Penyeliaan dan pengawasan ke atas semua unit-unit dan kakitangan.
  3. Undang-undang dan undang-undang kecil yang ada digunapakai dengan baik.
  4. Pengurusan mesyuarat yang teratur.
  5. Kawalan ke atas hasil dan perbelanjaan.
  6. Bertindak dengan cepat, adil dan saksama ke atas kehendak-kehendak pelanggan.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Perkhidmatan kaunter pembayaran.
  • Buat Kutipan Bayaran (Melalui Komputer) :
  1. Lesen
  2. Cukai Pintu
  3. Sewaan Gerai / Bangunan
  4. Lain-lain Kutipan (Manual):
  • Permohonan Lesen Perniagaan
  • Permohonan Gerai / Pasar Majlis
  • Permohonan Kad Pengendalian Makanan
  • Bayaran Proses Pelan / Ubahsuai Bangunan
  • Permit Meletak Bahan Binaan
  • Permohonan Sepanduk
  • Kutipan Pekan Sehari / Pasar Malam
  • Kutipan Permit Tahunan Pekan Sehari/Pasar Malam
  • Jualan Dokumen Tender / Sebutharga
  • Kompaun Unit Undang-undang
  • Kompaun Unit Perancang
  • Lesen Bangunan Sementara
  • Lesen Hiburan / Eksporia
  • Petak Pasar Ramadhan
  • Lesen Anjing
  • Jualan Salinan CFO
  • Buku Rancangan Struktur
  • Wang pertaruhan (gerai/ dewan/ekspo)
  • Tempat letak kereta
  • Sewa Peralatan Majlis
  • Sewa Dewan / Gelanggang Majlis
  • Jualan Borang Permohonan Kerja
  • Permit Kaki Lima/ Papan Iklan / Perniagaan Sementara / Jualan Buah-buahan Bermusim
  • Jualan Benih Pokok Bunga
  • Bayaran Balik (Gaji/ telefon)
  • Sumbangan Kerajaan Negeri / Persekutuan
  • Keuntungan Takaful

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]