Majlis Daerah Rompin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Majlis Daerah Rompin

Majlis Daerah Rompin (MDR) ialah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang yang dipertanggungjawabkan dengan bidang tugas yang merangkumi aspek-aspek kawalan perniagaan, penguatkuasaan, kawalan pembangunan, percukaian, kebersihan dan sebagainya di daerah Rompin. Jumlah penduduk mengikut bancian tahun 2000 ialah 101,877 orang.

Majlis Daerah Rompin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 501 bertarikh 14 Jun 1988 dengan keluasan pentadbiran 127.23 km persegi. Pada 1 November 2000 LKPT (DARA) telah dibubarkan. Ini menjadikan keluasan kawasan MDR yang baru adalah seluas 4,044.24 km persegi melalui pelan warta PW 3536 termasuk kawasan operasi iaitu kira-kira 353.056 km persegi berkuatkuasa 1 Januari 2002. Dengan penwartaan ini maka seluruh Daerah Rompin adalah dibawah pentadbiran Majlis Daerah Rompin. Perluasan kawasan adalah meliputi seluruh Daerah Rompin kecuali Pulau Tioman dan Hutan Simpan. Pulau Tioman diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).

Misi dan visi[sunting | sunting sumber]

  • Misi
  1. Pengurusan organisasi yang cemerlang dan berintegriti
  2. Mengutamakan kehendak pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra
  3. Bersedia melaksanakan arahan/dasar kerajaan secara bertanggungjawab
  4. Mengurangkan pergantungan kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
  • Visi
  1. Untuk menjadikan MDR sebuah pihak berkuasa tempatan yang unggul, berdikari, berdaya maju dan berdaya saing menjelang 2020.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan kualiti dalam peningkatan mutu kerja dan produktiviti selaras dengan amalan budaya selenggara dan khidmat kerja cemerlang.
  • Mengutamakan kebersihan dan keindahan dalam merancang, melaksana dan mengawal pembangunan di samping pemeliharaan alam sekitar.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi kepada masyarakat setempat dan para pelancong.
  • Memastikan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan dengan berhemah dan berkesan.
  • Menguatkuasa Akta Kerajaan Tempatan 1976 Dan Undang-Undang Kecil Majlis dalam memastikan pentadbiran dan pembangunan kawasan lebih terurus.
  • Meningkat dan mengawal kewangan Majlis supaya dapat menampung belanja-belanja pengurusan tanpa perlu bergantung kepada pihak-pihak lain.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  1. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur
  2. Menyelaras dan membantu membangunkan pekan atau bandar-bandar baru
  3. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju
  4. Mengindahkan bandar dengan landskap yang menarik
  5. Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda
  6. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan berpenyakit
  7. Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak dan perhentian bas
  8. Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja
  9. Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar
  10. Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar
  11. Membina serta menyelenggara parit dan longkang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]