Majlis Daerah Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Daerah Segamat (MDS) ialah salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Segamat, Johor selain Majlis Daerah Labis. MDS merupakan sebuah penguasa tempatan dalam negeri Johor berautonomi sendiri yang mempunyai luas kawasan 103.55 batu persegi dan bilangan penduduk seramai 92,000 orang mengikut bancian pada tahun 1991. Kadar pertambahan penduduk adalah 1.8 peratus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Segamat pada asalnya adalah sebuah lembaga bandaran yang ditubuhkan pada tahun 1912. Ia kemudiannya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya Ordinan Pilihanraya Penguasa Tempatan 1950 hingga 31 Disember 1970.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 ia menjadi dan dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara, manakala pada tahun 2001 namanya bertukar kepada Majlis Daerah Segamat.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Semasa dalam Majlis Bandaran, pentadbirannya terdiri daripada 9 orang yang dipilih melalui pilihan raya, 7 orang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri termasuk 4 orang ahli Ex-Officio yang terdiri daripada Pegawai Pentadbir Daerah Segamat, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pegawai Kesihatan Johor Utara, Muar dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Johor Utara, Muar.

Sebaliknya pula, pada masa kini Majlis Daerah Segamat ditadbir oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat dengan 24 Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan 5 orang ahli Ex-Officio yang terdiri daripada Pentadbir Tanah Segamat, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pegawai Kesihatan Segamat, Pegawai Bomba Segamat dan Ketua Polis Segamat.

Majlis Daerah Segamat terdiri daripada :-

  • Ibu Pejabat Majlis Daerah Segamat, Segamat (Pusat Pentadbiran)
  • Pusat Kecil Bukit Siput
  • Pusat Kecil Kg. Tengah
  • Pusat Kecil Pekan Jabi
  • Pusat Kecil Buloh Kasap
  • Pusat Kecil Batu Anam
  • Pusat Kecil Gemas Baru
  • Pusat Kecil Jementah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]