Majlis Daerah Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Daerah Setiu terletak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Kedudukannya adalah lebih kurang 70 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 40 kilometer dari bandar Jerteh.

Sejarah & Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Setiu ditubuhkan pada 1 Jun 1985 mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 335 bertarikh 6 Jun 1985 dan merupakan pihak berkuasa tempatan yang ke 7 bagi negeri Terengganu Sebagai Lembaga Bandaran Pembangun Setiu Inggeris : Setiu

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Setiu terbahagi kepada sebuah bandar utama, iaitu Bandar Permaisuri ( Pusat Daerah ) dan 8 pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam konteks menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk :-

  • Pekan Sri Langkap (Sungai Tong)
  • Guntong Luar
  • Merang
  • Fikri
  • Penarik
  • Chalok
  • Saujana
  • Bintang

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Luas kawasan pentadbiran pada masa itu adalah 76.69 km persegi. Namun mulai 18 Julai 1996, seluruh kawasan Daerah Setiu telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Daerah Setiu sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 907 dan menjadikan luas kawasan Majlis Daerah Setiu bertambah kepada 1304.36 km. persegi (10.07 % daripada keluasan negeri Terengganu).

Misi[sunting | sunting sumber]

Merancang dan menyediakan prasarana yang berkualiti,mencukupi dan perkhidmatan yang efektif bagi mencapai sebuah perbandaran yang sejahtera.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Majlis Daerah Setiu sebagai sebuah perbandaran yang membangun dan berteraskan bandar sejahtera menjelang tahun 2015.

Yang Dipertua terdahulu[sunting | sunting sumber]

Bil. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Tempoh Berkhidmat
1 YBM Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor [S.P.M.T, D.P.M.T, K.M.N, J.P, P.J.C, P.J.K] 01.01.1985 – 31.12.1990
2 YB Tuan Haji Shafi’i Bin Omar [A.M.N, P.J.K] 01.01.1991 – 31.05.1995
3 YB Datuk Haji Mohd Jidin Bin Shafee [D.P.M.T, D.M.S.M, K.M.N, A.M.N] 01.01.1995 – 31.12.1997
4 Tuan Haji Kamaludin Bin Ismail [S.M.Z, S.M.T, P.J.C, P.J.K] 01.01.1998 – 31.05.2000
5 En. Mustafa Bin Abdul Rahman [S.M.Z, S.M.T, P.J.C, P.J.K] 01.06.2000 – 30.11.2000
6 Tuan Haji Haron Bin Che Rawi [S.M.T, A.M.Z, P.J.K] 01.12.2000 – 19.04.2004
7 Tuan Haji Mohamad Kamil Bin Othman [S.M.T, P.J.C, P.J.K] 20.04.2004 – 16.04.2005
8 En. Wan Ismail Sahaimi Bin Haji Wan Omar [P.J.K] 17.04.2005 – 31.12.2008
9 En. Harun Bin Mohamad [A.M.Z, P.J.K] 01.01.2009 – 31.12.2010
10 Tuan Haji Ishamudin Bin Hashim [A.M.T, P.J.K] 01.01.2011 – 30.06.2012
11 Tuan Haji Johan Bin Ibrahim [A.M.Z, P.J.K] 01.07.2011 –