Majlis Daerah Tangkak
Majlis Daerah Tangkak مجليس دايره تڠكاق | |
---|---|
MDT | |
![]() | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua (YDP) | Ezahar bin Abu Sairin |
Tempat persidangan | |
Peti Surat No.63, 84907 Tangkak, Ledang, Johor Darul Ta'zim | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting ![]() |
Majlis Daerah Tangkak merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Tangkak, Johor Darul Ta'zim. Pada asalnya, nama daerah yang baru diwujudkan di negeri ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang [1].
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.
Lembaga Pengurus Tangkak
Lembaga Kesihatan Tangkak
Lembaga Bandaran Tangkak
Majlis Bandaran Tangkak
Majlis Daerah Tangkak
Pada 01hb Januari 2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada Majlis Daerah Muar Selatan persempadanan semula kawasan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan.
Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203 km dari Barat Laut Johor Bahru (30 km dari utara Bandar Muar).Pentadbirannya meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015.
Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Berita Harian 7 Disember 2015, Sultan Johor isytihar Iskandar Puteri nama baharu Nusajaya