Majlis Harga Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Majlis Harga Negara, adalah suatu badan yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bertujuan untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada 22 Januari 2008.Dua mekanisme yang akan digunakan iaitu kewujudan Stok Simpanan Kebangsaan dan Pusat Panggilan Kebangsaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan di negara ini mencukupi dengan harga yang stabil.Sebenarnya, penubuhan MHN telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet 9 Januari lalu dan ia merupakan satu jawatankuasa tertinggi dengan segala keputusannya perlu dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan dan diterima pakai oleh sektor swasta berasaskan peruntukan undang-undang.

Pada 23 Januari 2008, kumpulan pakar yang diterajui oleh Datuk Dr. Kamal Salleh diwujudkan pula untuk berperanan utama untuk mencari pendekatan menstabilkan harga barangan di pasaran, selain memastikan inflasi tidak meningkat sehingga menjejaskan kuasa beli rakyat.[1]Menurut beliau, antara isu yang akan diutamakan adalah melihat semula peranan subsidi dalam mempengaruhi pasaran.

Sebab utama penubuhan[sunting | sunting sumber]

Menurut Datuk Dr. Kamal, kajian yang telah lama dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Direktorat Pelaksanaan Kebangsaan (NID) yang kini dirangkum dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai kesan kenaikan harga minyak yang telah melampaui AS$100 setong ke atas ekonomi, belanjawan negara dan kos sara hidup. Kita dapati impaknya adalah besar dan menyeluruh. Jika ia semakin meningkat maka kerajaan mungkin tidak dapat hendak menampung subsidi ini.[2]

Stok Penimbal Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Stok Simpanan Kebangsaan dinamakan semula sebagai Stok Penimbal Kebangsaan. [3]Ia berperanan menyimpan barang-barang keperluan yang tertentu agar ia boleh diagihkan kepada rakyat ketika bekalan di pasaran tidak mencukupi.[4]Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjamin bahawa ia tidak akan menyebabkan harga barangan keperluan lain yang tidak tersenarai sebagai barang kawalan meningkat di pasaran. [5] Agensi khas yang dikenali sebagai Badan Stok Penimbal Negara (BSPN) akan ditubuhkan bagi menguruskan penyimpanan barangan keperluan di gudang milik kerajaan dan swasta sedia ada.[6]

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita haruslah bersyukur dengan segala inisiatif yang telah dilakukan oleh pemimpin d negara kita.

Stok Simpanan[sunting | sunting sumber]

Minyak masak dan gula merupakan antara barangan keperluan pengguna yang dikenal pasti boleh dijadikan stok simpanan di bawah inisiatif Stok Penimbal Kebangsaan kerana penggunaan dua barangan tersebut amat meluas di kalangan masyarakat pengguna serta tahan lama.[7]

Pusat Panggilan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pusat Panggilan Kebangsaan pula akan menerima segala aduan pengguna mengenai sebarang masalah mengenai harga dan bekalan barangan keperluan di pasaran.[8]

Kumpulan Pakar[sunting | sunting sumber]

kumpulan pakar yang diwakili antaranya oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan dewan perniagaan pula akan memberi input- input penting kepada MHN.[9]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Reaksi NGO[sunting | sunting sumber]

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin tiga inisiatif yang diumumkan kerajaan bagi memastikan barang keperluan asas cukup dan harganya stabil, akan menghilangkan kerisauan rakyat.[10]

Reaksi Pembangkang[sunting | sunting sumber]

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata bahawa penubuhan Majlis Harga Negara (MHN) disifatkan hanya 'gimmik' politik menjelang pilihan raya umum, walhal majlsi itu tiada kuasa menyekat kenaikan harga barang. MHN tidak boleh memastikan peniaga atau pemborong menurunkan harga barang kerana penubuhannya juga bukanlah dilakukan dengan terma undang-undang. Ujarnya, erajaan harus menubuhkan Suruhanjaya Harga yang lebih wibawa dan mempunyai terma undang-undang dalam operasinya.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pakar cari pendekatan stabil harga barang", Utusan Malaysia, 24 Januari 2008.
  2. ^ "Atur bekalan pengguna", Utusan Malaysia, 26 Januari 2008.
  3. ^ "Stok penimbal ditubuh -- Langkah baru kawal kekurangan bekalan, harga barang keperluan", Utusan Malaysia, 24 Januari 2008.
  4. ^ "Kerajaan umum kaedah pastikan bekalan cukup, harga stabil", Utusan Malaysia, 23 Januari 2008
  5. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0125&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive "Stok penimbal tak jejas harga", Utusan Malaysia, 25 Januari 2008.
  6. ^ [http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_07.htm&arc=hive "BSPN urus penyimpanan", Utusan Malaysia, 26 Januari 2008.
  7. ^ "Minyak masak, gula stok simpanan", Utusan Malaysia, 25 Januari 2008.
  8. ^ "Stok penimbal ditubuh -- Langkah baru kawal kekurangan bekalan, harga barang keperluan", Utusan Malaysia, 24 Januari 2008.
  9. ^ "Stok penimbal ditubuh -- Langkah baru kawal kekurangan bekalan, harga barang keperluan", Utusan Malaysia, 24 Januari 2008.
  10. ^ "NGO yakin 3 inisiatif pastikan barang cukup", Utusan Malaysia, 24 Januari 2008.
  11. ^ ""Majlis Harga Negara hanya 'gimik' tetapi tiada kuasa", Harakah, 25 Januari 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-28. Dicapai pada 2008-02-06.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.