Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka 2020 ditubuhkan pada 13 Mac 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2021, diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.[1] Ia terbentuk selepas kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Adly Zahari kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka selepas 2 ADUN BERSATU yang ketika itu mewakili Pakatan Harapan menyokong pembentukan kerajaan baharu yang diketuai oleh Barisan Nasional dan kemudiannya mewakili Perikatan Nasional.[2]

Pada 2021, kerajaan negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional dijatuhkan pula oleh 2 orang ADUN Barisan Nasional, Idris Haron dan Nor Azman Hassan seorang ADUN Perikatan Nasional, Noor Effandi Ahmad dan seorang ADUN Bebas, Norhizam Hassan Baktee. Ketiga-tiga ADUN dari UMNO dan BERSATU itu dipecat dari parti masing-masing kerana menjatuhkan kerajaan.[3][4]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Kemas kini pada 30 Jun 2020.

Nama Perwakilan Parti Portfolio
Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali Lendu UMNO Ketua Menteri Melaka

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai & Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia & Agensi Berkaitan Kerajaan Negeri Melaka

Datuk Seri Haji Abdul Ghafar Atan Asahan UMNO Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka
Datuk Seri Utama Ir. Ts. Haji Idris Haron Sungai Udang UMNO Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Melaka
Datuk Wira Latipah Omar Taboh Naning UMNO Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka
Datuk Roslan Ahmad Merlimau UMNO Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka
Datuk Rahmad Mariman Ayer Molek UMNO Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka
Datuk Wira Ar. Haji Ismail Othman Kuala Linggi UMNO Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Melaka
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Paya Rumput Bersatu Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan Melaka
Datuk Noor Effandi Ahmad Telok Mas Bersatu Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri Melaka (Pendidikan)

Bertanggungjawab untuk urusan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasional, dan Sains & Inovasi

Datuk Muhammad Jailani Khamis Rembia UMNO Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka
Datuk Norhizam Hassan Baktee Pengkalan Batu Bebas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka

Rujukan[sunting | sunting sumber]