Majlis Mesyuarat Negara Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majlis Mesyuarat Negara)
Majlis Mesyuarat Negara Brunei
مجليس مشوارت نݢارا بروني
Lambang Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam
Jenis
Jenis
Satu Dewan
Tempat persidangan
Bangunan Majlis Mesyuarat Negara,
Bandar Seri Begawan, Brunei
Laman sesawang
[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Mesyuarat Negara Brunei (Jawi: مجليس مشوارت نݢارا بروني) merupakan salah satu Majlis Mesyuarat di Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.[1] Majlis ini ditubuhkan menurut Perkara 23 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 dan Ahli-Ahlinya dilantik menurut Perkara 24.[2]

Majlis Mesyuarat Negara dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (Speaker) yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menurut Perkara 37 dari Perlembagaan sama ada dipilih dari Ahli-Ahli Majlis atau mereka yang bukan Ahli-Ahli Majlis.

Fungsi utama Majlis Mesyuarat Negara adalah seperti berikut:

  1. Merundingkan dan meluluskan undang-undang
  2. Membuat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada
  3. Mengenakan sekatan-sekatan atau cukai kewangan
  4. Meneliti dan menyemak polisi dan dasar Kerajaan Brunei
  5. Meluluskan bajet Kerajaan Brunei
  6. Perkara lain yang berkaitan dengan perjalanan Majlis Mesyuarat Negara.

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diadakan setiap tahun pada bulan Mac bagi menimbang dan meluluskan Anggaran Hasil dan Belanjawan Tahunan bagi kerajaan Brunei.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Sejak 21 Oktober 1959 hingga 12 Februari 1984, Majlis Mesyuarat Negara ini telah bersidang sebanyak 32 Musim Permesyuaratan. Majlis Mesyuarat Negara yang pertama bersidang pada 21 Oktober 1959 bertempat di Lapau. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara yang terakhir ialah Majlis Mesyuarat Negera ke-21 (Belanjawan) iaitu sebelum Brunei mencapai kemerdekaan penuh bertempat di Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan. Tempoh keahlian Majlis Mesyuarat Negara ialah selama 5 tahun menurut Perkara 55(2) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959.

Majlis Mesyuarat Negara ini dibubarkan oleh Sultan Brunei pada 13 Februari 1984. Majlis Mesyuarat Negara ditubuhkan semula pada 25 September 2004 berdasarkan aturan lama dan kemudian dibubarkan pada 1 September 2005. Ia ditubuhkan semula pada 2 September 2005 setelah pindaan baru Perlembagaan 1959 dimasyhurkan.

Pengurusan Majlis Mesyuarat Negara dikendalikan oleh Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara dalam membantu Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara mengendalikan persidangan dari sudut nasihat dan pandangan berkenaan dengan peraturan-peraturan mesyuarat. Jurutulis dan Timbalan Jurutulis juga memainkan peranan yang sama untuk Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Pengendalian Majlis Mesyuarat Negara dibantu sepenuhnya oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Persidangan ini terbuka untuk orang ramai yang boleh menyaksikan Majlis Mesyuarat Negara ini bersidang serta memerhatikan cara-cara permesyuaratan dijalankan.

Perkembangan-perkembangan di bidang pentadbiran dan perlembagaan semasa tempoh Ahli-Ahli dilantik sendiri banyak membantu dalam menjaga dan mengekalkan matlamat negara untuk kemakmuran dan memajukan kehidupan rakyat serta penduduk negara Brunei Darussalam. Dalam tempoh tersebut juga telah terbukti bahawa pengalaman demokrasi melalui pilihan raya tidak semestinya menjamin keutuhan dan kestabilan negara, malah dapatlah disimpulkan bahawa bidang perundangan itu sejak tahun 1970 iaitu setelah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dapat meyempurnakan tanggungjawab kerajaan dalam menuju ke arah satu tahap kestabilan politik dan sosial ekonomi yang sangat membanggakan.

Prosedur dan amalan perundangan[sunting | sunting sumber]

Fungsi utama Majlis Mesyuarat Negara bertindak selaku penasihat kepada Kerajaan Brunei dengan meneliti dasar-dasar dan perlaksanaannya, seperti dalam menggubal undang-undang, meluluskan anggaran belanjawan dan hasil-mahsul bagi setiap tahun dalam perancangan kemajuan negara, termasuk juga mengenai dengan ketetapan cukai.

Berlainan dari Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet, dalam Majlis Mesyuarat Negara setiap ahli dibolehkan mengemukakan sebarang rang undang-undang atau mengesyorkan mana-mana usul supaya dibahaskan. Walau bagaimanapun semua rang undang-undang yang akan dibahaskan ataupun diluluskan hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet. Kecuali dalam perkara-perkara tertentu, setiap rang undang-undang yang hendak dikemukakan dalam Majlis Mesyuarat Negara hendaklah terlebih dahulu disiarkan dalam Warta Kerajaan bagi pengetahuan umum sekurang-kurangnya empat belas hari. Begitu juga seseorang yang ingin mengemukakan soal jawab melalui lisan atau bertulis hendaklah menghantar soalan-soalan tersebut tujuh hari sebelum pertanyaan tersebut dikemukakan kepada Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara untuk dimasukkan dalam kertas kerja. Cara ini juga memudahkan pihak Kerajaan untuk membuat persediaan. Sekiranya seseorang itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan, dengan kebenaran Yang Di-Pertua Dewan (Speaker), dia dibolehkan untuk mengusulkan soalan tambahan yang ada kaitannya dengan soalan asal.

Cara-cara permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara dijalankan menggunakan sistem yang sama di Majlis Mesyuarat Negara atau parlimen di negara-negara Komanwel, kerana ia diwujudkan berasaskan kepada House of Commons, di United Kingdom. Sesebuah rang undang-undang hendaklah melalui empat peringkat, iaitu Bacaan Yang Pertama, Bacaan Yang Kedua, Jawatankuasa dan Bacaan Yang Ketiga. Dalam Bacaan Pertama lebih mengikuti syarat sahaja, iaitu untuk memaklumkan Dewan Majlis dan Ahli yang membawakan rang undang-undang itu memohon kebenaran daripada Yang Di-Pertua Dewan untuk Bacaan Pertama, selepas itu Ahli yang berkenaan memohon sekali lagi kepada Yang Di-Pertua Dewan untuk Bacaan Kali Kedua dan Ahli tersebut akan menjelaskan sebab-sebab rang undang-undang itu dihadapkan. Rang undang-undang berkenaan akan dibahaskan hanya setelah mendapat sokongan sekurang-kurangnya seorang daripada Ahli Dewan. Di peringkat ini perbahasan hanya tertumpu kepada kelayakan dan asas-asas rang undang-undang sama ada rang undang-undang yang berkenaan itu patut dan sesuai diadakan dan juga implikasinya terhadap negara. Selepas itu peringkat pengundian diadakan jika sekiranya mendapat persetujuan untuk dibaca kali kedua, maka seluruh Ahli Dewan itu akan menjadikan diri mereka sebagai Jawatankuasa bagi menimbangkan rang undang-undang itu satu persatu.

Di peringkat ini rang undang-undang itu akan ditentukan oleh Ahli-Ahli Dewan sama ada mereka meyokong, menolak atau membuat pindaan-pindaan lain. Setelah rang undang-undang itu selesai dipertimbangkan oleh Jawatankuasa, maka ahli yang mengemukakan rang undang-undang tersebut memohon kepada Yang Di-Pertua Dewan untuk membuat Bacaan Ketiga sebelum pengundian. Apabila keputusan pengundian mendapat sokongan Ahli-Ahli Majlis, rang undang-undang tersebut diluluskan. Walau bagaimanapun rang undang-undang itu hanya menjadi undang-undang dan dapat dikuatkuasakan setelah ditandatangani oleh Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Dalam perkara meluluskan rang undang-undang ini, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk membolehkan Baginda untuk menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negara dan juga sebaliknya. Walaupun rang undang-undang itu telah ditolak oleh Majlis, jikalau dikehendaki oleh Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ianya boleh dijadikan undang-undang. Semua rang undang-undang sama ada ia telah diluluskan atau tidak oleh Baginda Sultan akan disiarkan dalam Warta Kerajaan.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli parlimen terdiri dari Sultan, pewaris tahta kerajaan, menteri-menteri, dan tiga jenis keahlian: ahli-ahli bergelar, ahli-ahli dengan tingkat kecemerlangan khusus, dan ahli-ahli yang mewakili daerah-daerah di Brunei. Semua ahli dilantik Sultan mengikut Perkara 23, 24 Jadual 1 dan 2, dan Perkara 29 Perlembagaan Brunei.

Ahli-ahli Majlis yang ditunjuk pada 2017[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli ini dilantik Sultan pada 12 Januari 2017 seperti yang telah diberitakan di Pelita Brunei,[3][4] kecuali ahli kabinet yang ditunjuk pada Januari 2018.

Kabinet[sunting | sunting sumber]

Sejak 30 Januari 2018, ahli Majlis Kabinet terdiri dari:[5]

Kementerian Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
  • Abdul Mutalib bin Mohammad Yusof
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Menteri Pertahanan
Menteri Pembangunan
Menteri Pendidikan
Menteri Tenaga
Menteri Kewangan dan Ekonomi
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
Menteri Kesihatan
  • Mohammad Isham bin Jaafar
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  • Ali bin Apong
Menteri Hal Ehwal Ugama

Orang-Orang Bergelar[sunting | sunting sumber]

Gelar Ahli dilantik Nota
Pehin Datu Imam
Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang
Abdul Hamid bin Bakal Manteri Ugama dibawah Manteri 8[7]
Pehin Orang Kaya Putera Maharaja
Dato Paduka Awang Haji

bin

Pehin Datu Pekerma Dewa
Dato Paduka Awang Haji
Abdul Ghani bin Abdul Rahim Manteri 32[8]
Pehin Orang Kaya Pendikar Alam
Dato Paduka Seri Awang Haji

bin

Pehin Datu Pekerma Dewa
Dato Paduka Awang Haji
Hasrin bin Sabtu Manteri 32[9]

Kerusi-kerusi Pencapaian Cemerlang[sunting | sunting sumber]

Tertakluk kepada Jadual Kedua Perkara 24 Ceraian (1) (a) (iii),[10] kerusi-kerusi ini diberikan untuk orang-orang yang memiliki pencapaian profesional yang dianggap baik atau memiliki kontribusi bagus untuk komuniti-komuniti yang tersebar di Brunei.

Returning member Notes
Hafimi binti Abdul Haadii
Abdul Hamid "Haji Sabli" bin Arshad
Iswandy bin Ahmad
Khairunnisa binti Ash'ari
Ong Tiong Oh
Siti Rozaimeriyanty binti Abdul Rahman
Umarali bin Esung

Wakil-wakil Daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah Ahli ditunjuk Nota
Belait 1 Abdul Hamid bin Mumin Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Liang
Belait 2 Hanapi bin Mohammad Siput Pernah menjabat sebagai ketua kampung Labi I
Tutong 1 Abdul Wahab bin Apong Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Tanjong Maya
Tutong 2 Ramli bin Lahit Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Telisai
Temburong Emran bin Sabtu Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Bokok
Brunei-Muara 1 Ali bin Maon Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Berakas 'B'
Brunei-Muara 2 Mohammed bin Osman/Othman Pernah menjabat sebagai ketua kampung Muara dan Sabun sebelum menjadi AP
Brunei-Muara 3 Naim bin Kamis Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Kota Batu
Brunei-Muara 4 Tahamit bin Nudin Pernah menjabat sebagai penghulu Mukim Gadong 'A'
Brunei-Muara 5 Mohimin bin Johari Pernah menjabat sebagai ketua Kampong Limau Manis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-04. Dicapai pada 2015-12-30.
  2. ^ Perlembagaan Brunei
  3. ^ "Pelantikan keahlian Majlis Mesyuarat Negara baharu". Bandar Seri Begawan: Pelita Brunei. 12 Januari 2017. Dicapai pada 8 September 2021.
  4. ^ "THE LEGISLATIVE COUNCIL" (dalam bahasa (Melayu)). Jabatan Majlis Mesyuarat. 2021. Dicapai pada 8 September 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Pelantikan Menteri-Menteri Kabinet Baharu" (PDF). Pelita Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Penerangan. 31 Januari 2018. m/s. 3. Dicapai pada 9 September 2021.
  6. ^ a b Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  7. ^ Senarai Nama-Nama Gelaran dan Orang-Orang yang Dikurniai Gelaran: Manteri-Manteri Berchiri (PDF). Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. 8 Mac 2021. m/s. 4.
  8. ^ Senarai Nama-Nama Gelaran dan Orang-Orang yang Dikurniai Gelaran: Manteri-Manteri Berchiri (PDF). Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. 8 Mac 2021. m/s. 10.
  9. ^ Senarai Nama-Nama Gelaran dan Orang-Orang yang Dikurniai Gelaran: Manteri-Manteri Berchiri (PDF). Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. 8 Mac 2021. m/s. 8.
  10. ^ [1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]