Majlis Pelabuhan Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Pelabuhan Kebangsaan (MPK) diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Kabinet Malaysia pada April 2010. Ia bertujuan memantapkan lagi daya saing pelabuhan negara di peringkat antarabangsa.

MPK dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan. Anggota penal MPK terdiri daripada :

  1. wakil Kementerian Pengangkutan
  2. Semua Pengurus Besar Lembaga atau Suruhanjaya Pelabuhan Persekutuan
  3. Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia
  4. Ketua Pengarah Institut Maritim
  5. Wakil pelabuhan dan Kementerian Pembangunan dan Infrastruktur negeri Sabah dan Sarawak
  6. Mereka yang berpengalaman dalam bidang logistik antarabangsa dan pihak berkepentingan mengenai pengangkutan maritim.

Tujuannya bagi meningkatkan sistem pengurusan perkhidmatan pelabuhan di seluruh negara dengan lebih sistematik dan turut membantu menangani ketidakseragaman dari segi tarif, kemudahan dan kelengkapan pelabuhan-pelabuhan dalam negara.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]