Majlis Pengangkutan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majlis Pengangkutan Awam
مجليس ڤڠڠکوتن عوام
Public Transport Council (logo).png
Gambaran keseluruhan
Dibentuk14 Ogos 1987; 33 tahun yang lalu (1987-08-14)
Di bawah bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabat510 Thomson Road, #12-03, SLF Building, Singapore 298135
Eksekutif agensi
  • En Richard Magnus[1], Pengerusi
  • En Tan Kim Hong, Ketua Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan
Tapak webwww.ptc.gov.sg

Majlis Pengangkutan Awam (Bahasa Inggeris: Public Transport Council, singkatan: PTC; Cina: 公共交通理事会; Tamil: பொதுப் போக்குவரத்து அவை) adalah sebuah lembaga berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Republik Singapura. Majlis ini ditubuhkan pada 14 Ogos 1987 oleh Akta Majlis Pengangkutan Awam 1987. PTC bertanggungjawab dalam mengawal atur bas awam dan rangkaian transit laju seperti kadar tambang dan perkhidmatan.

PTC juga berkuasa untuk mengeluarkan atau meminda lesen-lesen perkhidmatan bas dan menasihati Kementerian Pengangkutan (MOT) mengenai syarat-syarat pelesenan dan mengenakan denda terhadap para pemegang lesen yang melanggar peraturan. Tidak seperti badan berkanun lain di bawah MOT, majlis ini hanya berkuasa terhadap pengangkutan darat awam manakala badan-badan lain berkuasa dalam jenis pengangkutan yang diwakilinya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Organisational Structure". Diarkib daripada yang asal pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada 5 Oktober 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]