Majlis Perbandaran Batu Pahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Majlis Perbandaran Batu Pahat
Majlis Perbandaran Batu Pahat

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) adalah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab membangunkan bandar dan daerah Batu Pahat di Johor, Malaysia.

Sejarah Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarah, asal usul nama Batu Pahat ialah dari sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456. Perigi ini lah yang dinamakan perigi Batu Pahat.Perigi ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lebih lima abad. Ia terletak di Kuala Sungai Batu Pahat, iaitu Kampung Minyak Beku.

Dato’ Bentara Luar iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang memulakan usaha membangunkan Bandar Batu Pahat pada tahun 1893. Dengan persetujuan oleh DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim untuk membuka Bandar Batu Pahat, satu upacara perasmian telah dilakukan pada 1 Januari 1894. Satu lagi majlis pengishtiharan diadakan sempena menamakan Bandar Batu Pahat sebagai Bandar Penggaram pada 1 Disember 1984.

Asal usul Majlis Perbandaran Batu Pahat[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Batu Pahat pada awalnya dikenali sebagai Lembaga Bandaran Penggaram yang ditubuhkan pada tahun 1912 di bawah pemerintahan DYMM Sultan Johor sehingga tahun 1932. Lembaga Bandaran Penggaram telah dinaiktarafkan sebagai Majlis Bandar Penggaram pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tempatan Parit Raja, Rengit, Semerah, Senggarang, dan Sri Gading. Majlis Bandar Penggaram adalah penguasa tempatan dalam negeri Johor berautonomi kewangan. Ia merangkumi 5.42 batu persegi, dengan jumlah penduduk seramai 54,000 orang.

Dalam mesyuarat pada 10 Ogos 1976, kerajaan Negeri Johor telah mengambil keputusan mengambil tarikh 1 November 1976 sebagai tarikh pelancaran menyusun semula penguasa-penguasa tempatan di Daerah Batu Pahat. Oleh itu daerah ini dibahagikan kepada dua majlis iaitu Majlis Daerah Batu Pahat Barat dan Majlis Daerah Batu Pahat Timur.

Pada 1 November 1976, Majlis Bandaran digabungkan bersama Majlis-Majlis Tempatan Parit Raja, Rengit, Semerah, Senggarang, Sri Gading dan Tongkang Pechah dan dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Barat (MDBPB).

Kecekapan perkhidmatan dan pengurusan Majlis Daerah Batu Pahat Barat telah memberi langkah kepadanya untuk dinaik tarafkan. Tanggal 1 Januari 2001, setelah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Tempatan Malaysia dan dengan persetujuan Setiausaha Pesuruhjaya Pilihanraya, maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor telah bersetuju menaiktarafkan Majlis Daerah Batu Pahat Barat kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).Bandar Batu Pahat boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan menggunakan susur keluar Ayer Hitam (20 km ke timur Batu Pahat) Kluang yang terletak 53 kilometer ke timur Batu Pahat merupakan stesen kereta api yang terdekat.

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Batu Pahat merupakan kerajaan tempatan bagi:

  • Zon utara di bandar Batu Pahat :
  • Zon selatan di bandar Batu Pahat:
  • Zon tengah di bandar Batu Pahat:
  • Zon timur di bandar Batu Pahat:
  • Zon barat bandar Batu Pahat:

Rujukan[sunting | sunting sumber]