Majlis Perbandaran Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Perbandaran Jasin
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ
Jenis
Jenis
Penguatkuasa Tempatan
Sejarah
Ditubuhkan 1 Julai 1978
Tempat persidangan
Jasin Municipal Council.JPG
Jasin, Malacca
Laman web
www.mpjasin.gov.my


Majlis Perbandaran Jasin (dikenali sebagai MPJ) ialah salah sebuah daripada tiga kerajaan tempatan negeri Melaka selain daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Kerajaan ini masih berpusat di Bandar Jasin sehingga kini. MPJ bertekad untuk menjadi sebuah kerajaan yang maju demi masa depan negeri dan negara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Majlis Perbandaran Jasin bermula pada 1959 sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council). Kemudian dengan berkuatkuasanya undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin mulai 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 ia telah dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Jasin.

Bangunan Majlis Perbandaran Jasin telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa pemerintahan Raja George VI. Pada zaman dahulu, bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran daerah Inggeris. Seterusnya pada tahun 1959, apabila Majlis Daerah Luar Bandar Jasin ditubuhkan, banguanan ini menjadi pusat pentadbiran Majlis, dan ia berkekalan sehingga kini.

Misi, Visi dan Objektif[sunting | sunting sumber]

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran Dinamik yang mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020.

Visi[sunting | sunting sumber]

Komited untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber secara optimum.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju.
  • Dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan.
  • Memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah.
  • Mempunyai infrastruktur terbaik dengan penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan negara.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan aduan awam diberi maklumbalas, dalam tempoh - 14 hari bekerja
  • Memastikan semua surat diedarkan ke setiap jabatan/ unit, dalam tempoh - 24 jam kecuali hari sabtu, ahad dan kelepasan am.

Jabatan Kewangan[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan Pesanan Kerajaan dan Inden Kerja disediakan dalam tempoh - 3 hari bekerja

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan keputusan pindah milik harta dalam tempoh - 7 hari bekerja
  • Memastikan nilai kadar dan nilaian bangunan dalam tempoh :
  1. Baru - 14 hari bekerja
  2. Tambahan - 14 hari bekerja
  • Memastikan keputusan tawaran sewaan permis MPJ, dalam tempoh :
  1. Tawaran Terus - 14 hari bekerja
  2. Temuduga - 30 hari bekerja

Jabatan Kawalan Perniagaan[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan keputusan permohonan lesen, dalam tempoh :
  1. Lesen Premis Perniagaan/ Iklan - 30 hari bekerja
  2. Lesen Perniagaan Sementara - 1 hari bekerja
  3. Lesen Iklan Sementara/ Kain Rentang - 1 hari bekerja

Bunga Rasmi[sunting | sunting sumber]

Hoa Thang Giu.jpg

Alamanda berbunga kuning, Mudah ditanam senang dijaga, Bunga rasmi daerah Jasin.

  • Bunga Alamanda kuning atau nama saintifiknya Allamanda cathartica L, merupakan daripada keluarga APOCYNACEAE yang dipercayai berasal daripada Brazil.
  • Pokok dari jenis renek ini mempunyai bunga di hujung tangkai dan berbentuk corong seperti cawan.
  • Nama lain bagi pokok ini ialah Small Leaved Butter Cup.

Fungsi[sunting | sunting sumber]


Bilangan Fungsi Huraian
1 Fungsi Pertama Mengurus dan mengatur perkhidmatan sisa pepejal, kebersihan dan keindahan, menyelenggara kemudahan dan tempat-tempat awam, mengawal dan melindungi kesihatan awam.
2 Fungsi Kedua Merancang dan mengawal pemajuan dan penggunaan tanah berpandukan kepada rancangan tempatan dan rancangan struktur.
3 Fungsi Ketiga Meluluskan pelan bangunan, mengawal kerja tanah, mengawal penggunaan bangunan, memeriksa bangunan dan mengeluarkan CFO Perbandaran Jasin.
4 Fungsi Keempat Mengawal, melesen dan menguatkuasa semua bentuk perniagaan dalam daerah.
5 Fungsi Kelima Mengurus dan mengawal segala peruntukan kewangan yang diterima dari cukai taksiran, lesen dan denda, bantuan kadar, geran, pinjaman dan sumber-sumber lain.


[sunting | sunting sumber]

Majlis-Perbandaran-Jasin.jpg


Bilangan Gambar Huraian
1 Logo-MP.gif Huruf M dan P bermaksud Majlis Perbandaran serta melambangkan visi Majlis Perbandaran Jasin.
2 Logo-J.gif Huruf J mewakili bandar Jasin serta misi Majlis Perbandaran Jasin.
3 Logo-Alamanda.gif Bunga alamanda merupakan bunga rasmi Bandar Jasin. Ia juga melambangkan objektif utama Majlis Perbandaran Jasin.
4 Logo-Lima-Garisan.gif Lima garisan ini melambangkan lima fungsi utama Majlis Perbandaran Jasin.
5 Logo-Kuning-MPJ.gif Bermaksud wargakerja MPJ sentiasa meningkatkan produktiviti dan kualiti.
6 Logo-Ungu-MPJ.gif Merupakan warna koprat MPJ yang melambangkan keberanian dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
7 Logo-Merah-MPJ.gif Memberi gambaran MPJ sebagai sebuah organisasi yang mantap dan bertoleransi.
8 Logo-Putih-MPJ.gif Menunjukkan MPJ melaksanakan tugas dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.


Moto Majlis Perbandaran Jasin
Jasin Dinamik

Ahli Majlis[sunting | sunting sumber]


Bilangan Nama No. Telefon
1 Tn Hj Murad Hj Husin 019-6273364
2 En. Halim Ahmad 06-5298119
3 DSP Che Suza Che Hitam, A.M.N 012-5738883
4 En. Zulkepli Yahya 012-6412172
5 En. Azlan Hj Fadhil, PJK 017-2093279
6 En. Abdul Latip Hj. Pating 012-6149375
7 En. Nor Hisyam Hj. Mohamad 016-6459084
8 En. Abdul Nasir Bazid 019-6624162
9 Hj. Musa Ahmad, PJK., BKT 019-6657665
10 Pn. Nur Hilayaatti Datuk Abdul Rahim 019-3638122
11 Pn. Rosidah Hj Baba, PJK 012-6966372
12 Tn. Hj. Adzahar Hj. Abu, PJK 019-2362560
13 En. Hashim Hj. Mohd Akib, BKT., PBM 012-2826384
14 En. Abdul Kalam Hasan 013-6498480
15 En. Mokhtar Md. Yusin, PJK.,PBM 012-3819027
16 En. Ismail Ahmad 013-6139757
17 En. Razani Seman, PJK 019-6287616
18 Pn. Hjh Normah binti AC Podesinho, BKT, PJK 017-6061408
19 En. Md. Ali Aluai, A.M.N,BKT.,PJK, PBM 013-6204543
20 En. Chong Baba 019-3456666
21 En. Gan Boon Chuan 012-6378777
22 En. Choo Chin Chye, BKT 012-6015139
23 En.Chu Chee Seng, PJK 016-6261784
24 Pn. Lim Chia Lee 012-3052211
25 En. S. Sinniah, A.M.N,BCM.,PJK.,PBM 012-6734575


Lagu Rasmi[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Jasin
Khidmat Bakti Untuk Semua
Alamanda Bunga Rasmi
Lambang Sejahtera, Jasin Di Hati

Urusan Cepat Berkesan
Layanan Mesra dengan Senyuman
Khidmat Ikhlas Yang Di Beri
Berkat Restu Illahi

Dibawah Yang Dipertua
Jasin Maju Jaya
Kita Bekerjasama
Menuju Arah Wawasan

Kebersihan Bandar Kita
Tanggungjawab Bersama
Kemakmuran Hidup Tercipta

Majlis Perbandaran Jasin
Majlis Kita Semua
Kemakmuran Keindahan
Wawasan Kita Semua

Pautan luar[sunting | sunting sumber]