Majlis Bandaraya Diraja Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majlis Perbandaran Klang)
Majlis Bandaraya Diraja Klang
Majlis Bandaraya Diraja Klang
MBDK
Fail:The Official Seal of Klang Royal City Council.svg
Jenis
Jenis
DewanBandaraya
Kepimpinan
Datuk Bandar
Tpr. Puan Noraini Roslan
Timbalan Datuk Bandar/ Setiausaha
-
Moto
Perpaduan Sendi Kekuatan
Tempat persidangan

Bangunan Sultan Alam Shah,
Jalan Perbandaran,
41675 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mpklang.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Diraja Klang (sebelum ini Majlis Perbandaran Klang) ialah sebuah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab mentadbir serta mengurus daerah Klang, Selangor, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

Penaiktarafan kepada bandar raya[sunting | sunting sumber]

Ia telah diisytiharkan penaiktarafan kepada Majlis Bandaraya Klang pada Julai 2023[1], dan dimasyhurkan dengan nama Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 5 Februari 2024[2], dan secara rasmi akan menukar nama selepas mendapat perkenan Sultan Selangor kelak.

Garis masa penaiktarafan[sunting | sunting sumber]

  1. 1890 - Lembaga Kesihatan Klang
  2. 1945 - Lembaga Bandaran Klang
  3. 1954 - Majlis Bandaran Klang
  4. 1971 - Majlis Daerah Klang
  5. 1977 - Majlis Perbandaran Klang
  6. 2024 - Majlis Bandaraya Diraja Klang

Bidang kuasa[sunting | sunting sumber]

MPK mempunyai bidang kuasa tertentu yang diperuntukan di bawah Akta, enakmen, undang-undang kecil, perintah, peraturan dan kaedah yang digunapakai oleh Majlis seperti berikut:

Akta[sunting | sunting sumber]

  1. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 [Akta 133]
  2. Akta Pemusnahan Serangga dan Pembawa Penyakit, 1975
  3. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 [Akta 171]
  4. Akta Perancang Bandar dan Desa, 1974 [Act 172]
  5. Akta Makanan, 1983
  6. Akta Pengangkutan Jalan, 1987

Enakmen[sunting | sunting sumber]

  1. Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971
  2. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam 1995
  3. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam [Pindaan] 1998

Undang-Undang Kecil[sunting | sunting sumber]

  1. Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MPK) 1965
  2. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Kerajaan Tempatan 1979
  3. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1982
  4. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPK) 1983
  5. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPK) 1984
  6. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (MPK) 1984
  7. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 1987
  8. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 1987
  9. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPK) 1988
  10. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 1989
  11. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1989
  12. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MPK) 1990
  13. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 1991
  14. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 1991
  15. Undang-Undang Kecil Lesen Bersesama (MPK) 1992
  16. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 1993
  17. Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MPK) 1993
  18. Undang-Undang Kecil Krematorium (MPK) 1993
  19. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 1993
  20. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPK) 1993
  21. Undang-Undang Kecil Perkuburan Islam (MPK) 1993
  22. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK) 1993
  23. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1993
  24. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pindaan) (MPK) 1993, Akta Kerajaan Tempatan 1976
  25. Undang-Undang Kecil Kerja-Kerja Di Jalan (MPK) 1996

Perintah[sunting | sunting sumber]

  1. Perintah Tetap Mesyuarat 1992
  2. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MPK) 1996

Peraturan[sunting | sunting sumber]

  1. Peraturan Makanan 1983
  2. Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 1993
  3. Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan dan Penyeliaan) (Selangor) 1996
  4. Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996

Kaedah[sunting | sunting sumber]

  1. Kaedah-Kaedah Pekerja (perlakuan dan Tatatertib) MPK 1995
  2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 (Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan) 1999.

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Klang dinaik taraf sebagai bandar raya". MalaysiaNow. 2023-07-26. Dicapai pada 2024-02-05.
  2. ^ "Klang dinaik taraf sebagai bandar raya - Nga". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-04.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]