Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Majlis Bandaraya Pasir Gudang merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Pasir Gudang, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sebelum ini Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya pada 22 November 2020[2] merupakan pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan hal ehwal pentadbiran kawasan Pasir Gudang di Daerah Johor Bahru, Johor. Majlis ini amat penting kerana di sini terletaknya pelabuhan penting di selatan Johor serta sebahagian Iskandar Malaysia Majlis Daerah Luar Bandar Johor Bahru (MDLBJB)

Banyak kemudahan asas telah dibina di Pasir Gudang agar pelabur tertarik dan yakin dengan pelabuhan yang dimajukan. Antaranya termasuklah Balai Polis Seri Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lebuhraya Pasir Gudang dan Stesen kuasa Sultan Iskandar.

Menara Aqabah yang telah dibina sejak 1969 kini merupakan ibupejabat bagi MBPG.

Datuk Bandar[sunting | sunting sumber]

  • Asman Shah Abdul Rahman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
  2. ^ Pasir Gudang dinaik taraf sebagai bandar raya

Pautan luar[sunting | sunting sumber]