Majlis Perbandaran Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson | |
---|---|
![]() | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 2 Februari 2002 |
Didahului oleh | Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Port Dickson (1 Disember 1979) |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Mohd Zamri Mohd Esa |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan bagi seluruh daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada 1979 sebagai sebuah majlis daerah dan dinaik taraf menjadi majlis perbandaran pada 2002[1]. Ia berfungsi untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Port Dickson dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Port Dickson (PBTDPD) ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Ia dinaik taraf sebagai majlis perbandaran pada 2 Februari 2002 dan menjadi majlis perbandaran ke-3 di Negeri Sembilan[2].
Geografi[sunting | sunting sumber]
Ia mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi yang terdiri daripada lima buah mukim, iaitu Jimah, Port Dickson, Si Rusa, Pasir Panjang dan Linggi. Kawasan ini dibahagikan kepada dua iaitu kawasan operasi seluas 35.87 km persegi dan kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Ia mempunyai pesisir pantai sepanjang 56 km yang menghadap ke Selat Melaka[3].
Lihat Juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Latar Belakang". Majlis Perbandaran Port Dickson. Dicapai pada 29 November 2020.
- ^ "Pengisytiharan Majlis Perbandaran Port Dickson". PeKhabar. 2 Februari 2018. Dicapai pada 29 November 2020.
- ^ Laporan Kajian Semula Persempadanan (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya. 2018. m/s. 191.