Majlis Perbandaran Selayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Perbandaran Selayang
مجليس ڤربندرن سلايڠ

MPS
Lambang atau logo
Jenis
Jenis Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP) Tuan Suliman bin Abd. Rahman AMS, PPT
Moto
Selayangku Sayang
Tempat persidangan
Menara MPS Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mps.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah sebuah pihak berkuasa kerajaan tempatan yang mentadbir kawasan bandar Selayang di negeri Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Pada masa ini, Yang DiPertua Selayang adalah Tuan Suliman bin Abd Rahman, AMS, PPT.2016

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1997. Sebelum ini MPS dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang mana ia telah beroperasi sejak 1 Januari 1977 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya adalah meliputi Mukim Rawang, Mukim Batu dan sebahagian Mukim Setapak.

MPS lahir dari beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti: Lembaga Bandaran Gombak, Lembaga Bandaran Rawang, Lembaga Bandaran Kuala Ampang, Kawasan PKNS Taman Keramat dan Kawasan Perindustrian Batu Caves.

MPS mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil/cawangan seperti di Batu Arang, Rawang dan Sri Gombak. Luas kawasan pentadbiran MPS ialah 549.33 km persegi. Manakala jumlah pegangan pada Januari 2003 ialah 150,000.

Visi, Misi, Moto & Objektif[sunting | sunting sumber]

Visi

  • Majlis Perbandaran Selayang Peneraju Pengurusan Cemerlang Ke Arah Perbandaran Mampan Menjelang Tahun 2020

Misi

  • Memperkasa Pengurusan Perbandaran Kepada Seluruh Warga Selayang Melalui Perkhidmatan Bertaraf 5 Bintang Ke Arah Pembentukan Komunikasi Sejahtera

Moto

"MAMPAN, PROGRESIF, SEJAHTERA"

Objektif

  • Memberi dan Meningkatkan Perkhidmatan Bandaran
  • Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan Infrastruktur
  • Menyusun dan Mengawasi Pembangunan Melalui Kawasan Pembangunan Yang Teratur Serta Terancang
  • Menyedia dan Menyelenggara Kemudahan Taman dan Rekreasi
  • Mewujudkan Suasana kecantikan Kawasan Selaras Dengan Objektif Untuk Menjadikan Kawasan Majlis Sebagai "Kawasan Taman Dalam Bandar"
  • Mengeratkan Perpaduan Di Antara Rakyat Di Samping Mewujudkan Masyarakat Yang Bertanggungjawab dan Berdisiplin
  • Memainkan Peranan Di Dalam Usaha Kerajaan Negeri Untuk Menarik Aspek Perindustrian, Perancangan Perumahan Kos Rendah dan Program-Program Menggiatkan Pelancongan

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]