Majlis Bandaraya Subang Jaya
Majlis Bandaraya Subang Jaya مجليس ڤربندرن سوبڠ جاي | |
---|---|
Majlis Bandaraya Subang Jaya MBSJ | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | TPr. Noraini Roslan (Mulai 20 Oktober 2020) |
Tempat persidangan | |
Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting ![]() |
Majlis Bandaraya Subang Jaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Subang Jaya, Selangor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.
Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No:26, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling.
Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998. Pada 20 Oktober 2020, Majlis Perbandaran Subang Jaya dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya.[2]
Datuk Bandar[sunting | sunting sumber]
- TPr. Noraini Roslan (20.10.2020 - kini)
- Tn. Mohd Fauzi bin Mohd Yatim
Ahli Majlis[sunting | sunting sumber]
# | Jawatan | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Datuk Bandar | TPr Noraini binti Roslan | |
2 | Timbalan Datuk Bandar | Tuan Haji Mohd Zulkurnain bin Che Ali | Setiausaha Majlis |
# | Jawatan | Nama | Parti |
1 | Ahli Majlis | Yap Kok Weng | DAP |
4 | Ahli Majlis | Thomas Low Yew Sin | DAP |
5 | Ahli Majlis | Chia Yew Ken | DAP |
7 | Ahli Majlis | Teh Eng Teck | DAP |
14 | Ahli Majlis | Wong Yii Seang | DAP |
15 | Ahli Majlis | Lee Jen Uyin | DAP |
18 | Ahli Majlis | Thong Kim Fatt | DAP |
21 | Ahli Majlis | Mohd Tarmizi bin Lazim | DAP |
22 | Ahli Majlis | Muhammad Khairil bin Khalid | DAP |
6 | Ahli Majlis | Thamilarusu Sandayan | DAP (Kuota NGO) |
11 | Ahli Majlis | Mohan Singh Surtar Singh | DAP (Kuota NGO) |
12 | Ahli Majlis | Mehanatan Embamurthi | DAP (Kuota NGO) |
16 | Ahli Majlis | Ng Seow Chen | DAP (Kuota NGO) |
3 | Ahli Majlis | Mohd Fitri Jamaludin | PKR |
8 | Ahli Majlis | Mohamad Syafiq Mohamad Norizan | PKR |
9 | Ahli Majlis | M. Anbarasan Murugesu | PKR |
10 | Ahli Majlis | Nor Liyana Yahaya | PKR |
13 | Ahli Majlis | Kenneth Sam Saminathan | PKR |
17 | Ahli Majlis | Jestin Raj Savarimuthu | PKR |
19 | Ahli Majlis | Aniza Jamaludin | PKR |
2 | Ahli Majlis | Kamarul Hisham Yeop Hashim | Amanah |
20 | Ahli Majlis | Muhammad Fauzan Rosli | Amanah |
23 | Ahli Majlis | Mohamad Kamil Harun | Amanah |
24 | Ahli Majlis | Jaafar Mat Akid | Amanah |
Wakil Rakyat Bandar Raya Subang Jaya[sunting | sunting sumber]
Parlimen[sunting | sunting sumber]
- Ahli Parlimen Puchong
- YB Puan Yeo Bee Yin
- Ahli Parlimen Subang
- YB Tuan Wong Chen
Ahli Dewan Negeri (ADN)[sunting | sunting sumber]
- ADN Seri Kembangan
- YB Puan Wong Siew Ki
- ADN Seri Serdang
- YB Tuan Abbas Salimi Azmi
- ADN Kinrara
- YB Tuan Ng Sze Han
- ADN Subang Jaya
- YB Puan Michelle Ng Mei Sze
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
- ^ Subang Jaya will officially become city on Oct 20