Majlis Perbandaran Tawau
Majlis Perbandaran Tawau (Bahasa Inggeris: Tawau Municipal Council, ringkasan MPT, Jawi: مجليس ڤربندرن تاواو) ialah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah Tawau, Sabah, Malaysia.
| Majlis Perbandaran Tawau | |
|---|---|
| Tawau Municipal Council | |
Lambang Majlis Perbandaran Tawau | |
| Jenis | |
| Jenis | |
| Sejarah | |
Didahului oleh |
|
| Kepimpinan | |
Presiden | Pang Pick Lim @ Joseph |
Timbalan Presiden | Mohd. Shoffian Mohd. Said |
| Struktur | |
| Dikuat kuasa | Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 |
| Tempat persidangan | |
| Bangunan Majlis Perbandaran Tawau di tengah-tengah pusat bandar Tawau | |
| Laman Web Rasmi MPT | |
| sunting | |
Selepas Tawau dinaikkan taraf menjadi perbandaran pada 1 Januari 1982, Lembaga Bandaran Tawau dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau digabungkan selaras dengan pelaksanaan Enakmen Perubahan Status dan Penggabungan 1981.
Sejarah & Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sejak tahun 1881, ketika pihak Syarikat Borneo Utara British yang memerintah Sabah (dahulu Borneo Utara) ketika itu dikenali, negeri ini telah melalui beberapa perubahan dalam sistem pemerintahan. Peralihan berlaku daripada corak pemerintahan kolonial kepada sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan selepas mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Majlis Perbandaran Tawau (MPT) ialah sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir Daerah Tawau. Daerah ini mempunyai keluasan kira-kira 6,243 kilometer persegi dengan jumlah penduduk melebihi 524,700 orang. Sebelum penubuhan pihak berkuasa tempatan di Daerah Tawau pada akhir tahun 1961, pentadbiran tempatan masih belum distrukturkan secara rasmi.
Sebelum itu, Tawau Sanitary Board telah wujud di bawah pengawasan Pejabat Daerah dan berperanan sebagai badan pentadbiran tempatan. Apabila Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dikuatkuasakan, dua pihak berkuasa tempatan telah ditubuhkan, iaitu Lembaga Bandaran Tawau (LBT) dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau (MDLBT). Pejabat Daerah bertanggungjawab terhadap pentadbiran keseluruhan serta pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan. Sementara itu, LBT dan MDLBT menumpukan peranan masing-masing kepada penyediaan perkhidmatan awam, pemungutan lesen dan cukai, serta perancangan pembangunan setempat. Pentadbiran LBT meliputi kawasan dalam lingkungan empat batu dari pusat Bandar Tawau, manakala kawasan di luar lingkungan tersebut berada di bawah tanggungjawab MDLBT. Dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, seorang Pegawai Kerja boleh dilantik di bawah Seksyen 69, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan ini. Pengerusi LBT bukanlah seorang pegawai sepenuh masa dan bukan daripada Perkhidmatan Awam, sebaliknya dipilih daripada kalangan ahli majlis. Apabila jawatan Residen dimansuhkan pada 1 Januari 1979, jawatan pengerusi telah diambil alih oleh seorang pegawai daripada Perkhidmatan Awam yang bergelar Pesuruhjaya. Selain berperanan sebagai pengerusi, Pesuruhjaya juga berfungsi sebagai ketua jabatan. Bagi MDLBT pula, pengerusinya turut dipilih daripada kalangan ahli majlis.
Pada 1 Januari 1982, Daerah Tawau telah dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar. Susulan itu, Lembaga Bandaran Tawau dan Majlis Daerah Luar Bandar Tawau telah digabungkan, lalu tertubuhlah Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengikut Enakmen Perubahan Status dan Penggabungan 1981[1]. Gelaran Pesuruhjaya kemudiannya digantikan dengan Presiden, manakala jawatan Pegawai Kerja ditukar kepada Setiausaha Perbandaran.
Sabah kini mempunyai 23 PBT yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, terdiri daripada 2 Majlis Perbandaran, 1 Lembaga Bandaran dan 20 Majlis Daerah. Majlis Perbandaran Tawau (MPT) merupakan salah satu daripada 23 Pihak Berkuasa Tempatan tersebut di Negeri Sabah.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Harga Petak Kenderaan Naik Selepas Perubahan Pemilikan bermula 1 Januari 2026
[sunting | sunting sumber]Selepas sebuah badan bagi kawasan meletak kenderaan di Tawau, Tawau Carparks Sdn. Bhd. dimiliki sepenuhnya Majlis Perbandaran Tawau, pada akhir Disember 2025, MPT membuat keputusan untuk memperbaharui harga tempat letak kenderaan di kawasan bandar Tawau. Petak Kuning kepada RM0.45/jam, Petak Merah dinaikkan kepada RM3.18/jam, Petak Putih (Petak Berniaga) dinaikkan kepada RM500. Manakala Petak Kuning Khas Motosikal RM0.16/jam. semuanya perlu memakai aplikasi MPT Smart Parking dan bukan seperti kupon tradisional. Ini telah mengundang pelbagai kemarahan daripada penduduk daerah berkenaan kerana harga berkenaan tidak sepatutnya naik kepada harga yang tinggi. Akhirnya, pada malam tahun baru 2026, MPT dalam satu kenyataan telah menurunkan harga tetapi petak akan ada dikawasan tertentu. Petak Kuning diturunkan kepada RM0.45/jam (seluruh bandar kecuali bank), petak merah RM1.50/jam 30 minit hanya di bank (sekurang-kurangnya 2 petak satu bank), petak putih kepada RM300/bulan manakala teksi dan motosikal tidak dikenakan bayaran.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (Change of Status, and Amalgamation) Enactment, 1981. "Wayback Machine" (PDF). sagc.sabah.gov.my. Dicapai pada 2025-12-22. Cite uses generic title (bantuan)
