Majlis Perbandaran Temerloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Perbandaran Temerloh
Majlis Perbandaran Temerloh

Majlis Perbandaran Temerloh adalah sebuah penguasa tempatan yang bertempat di daerah Temerloh, Pahang. Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Temerloh ditubuhkan sebagai Majlis Daerah Temerloh pada 1 Julai 1981, hasil gabungan dari empat majlis tempatan:

  1. Majlis Bandaran Temerloh Dan Mentakab
  2. Majlis Tempatan Kuala Krau
  3. Majlis Tempatan Kerdau
  4. Majlis Tempatan Lanchang

Pada 15 Januari 1997, ia dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Temerloh.

Misi dan Visi[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Pertumbuhan

Memajukan Temerloh sebagai sebuah bandar yang terbesar dan utama bagi menampung keperluan perkhidmatan dan perniagaan di Wilayah Pahang Tengah.

  • Bersih

Mewujudkan suasana persekitaran yang bebas dari kotoran fizikal seperti penyakit, wabak jangkitan,kumbahan sisa cair dan pejal serta sosial, musnahlaku, rendah akhlak dan sebagainya.

  • Indah

Mewujudkan suasana dan persekitaran harmoni di kalangan warga setempat dan peniaga-peniaga serta kemesraan dengan pelancong.

  • Sejahtera

Melahirkan warga perbandaran yang berdisiplin, bertanggungjawab serta persekitaran yang harmoni.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan kualiti perbandaran melalui perkhidmatan yang cekap, berkesan dan menyeluruh.
  • Sentiasa menarik dan menggalakkan pembangunan atau pelaburan khususnya di bidang perindustrian pelancongan.
  • Menjamin kebersihan dan keindahan alam sekitar sentiasa di tahap terbaik.
  • Mengamalkan budaya kerja koprat dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif.
  • Melaksanakan penguatkuasa perundangan dengan adil, saksama dan berkesan.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Merancang pembangunan kawasan MPT secara tersusun, sejahtera dan seimbang.
  • Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini bagi menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi bagi keselesaan warga perbandaran.
  • Menyediakan perkhidmatan kawal selia, kebersihan dan kesihatan serta kawalan penyakit dengan berkesan dan menyeluruh.
  • Menyediakan lanskap yang indah dan menarik untuk keselesaan warga perbandaran.
  • Meningkatkan kualiti pengurusan kewangan dan perakaunan yang cekap dan telus.
  • Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang berteraskan kepda teknologi maklumat yang terkini.
  • Melesenkan dan mengawal aktiviti perniagaan, iklan dan penjaja.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Bil Cukai Taksiran Am akan dikeluarkan tidak lewat dari minggu kedua bulan Januari dan minggu kedua bulai Julai setiap tahun.
  • Setiap permohonan lesen yang lengkap akan diproses dan diberi kelulusan dalam tempoh satu bulan.
  • Semua aduan akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 72 jam.
  • Semua urusan permohonan penswastaan akan diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
  • Semua premis makanan akan diperiksa dua kali setahun untuk memastikan tahap kebersihannya.
  • Berusaha menjadikan Bandar Temerloh hijau dan menarik melalui program dan aktiviti penanaman pokok-pokok dengan teratur tidak kurang 5000 batang pokok setahun.
  • Semua permohonan Pelan Bangunan yang lengkap akan diluluskan dalam masa sembilan minggu.
  • Semua permohonan Sijil Kelayakan Menduduki yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari.
  • Segala urusan di kaunter akan dilayan dalam masa tiga minit.
  • Memastikan kutipan sampah, sisa pepejal dibuat seperti berikut:
  1. Kutipan sampah dari premis kediaman,taman perumahan dibuat dengan kekerapan 3 kali kutipan setiap minggu.
  2. Kutipan sampah dari premis perniagaan dibuat setiap hari.
  3. Pembersihan tapak penjaja Pasar Malam, Pekan Sehari dibuat selepas selesai aktiviti perniagaan pada hari yang sama.
  • Permohonan Pelan Susunatur yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya dengan dokumen yang lengkap.
  • Semua permohonan kemudahan Majlis akan dimaklumkan kelulusan dalam masa seminggu.

Bahagian dan Jabatan[sunting | sunting sumber]

  • Bahagian Audit Dalaman
  • Bahagian Kawalan Bangunan
  • Bahagian Projek
  • Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Bahagian kawalan mutu dan kesihatan awam
  • Bahagian kawaselia kebersihan dan vektor
  • Jabatan Kidmat Masyarakat Dan Perbandaran
  • Bahagian Pelesenan
  • Bahagian perhubungan awam dan dokumentasi
  • Bahagian Perolehan Dan Stor
  • Bahagian Pusat Setempat
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Jabatan Kejuruteraan
  • Jabatan Landskap
  • Jabatan Kewangan
  • Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
  • Jabatan Perancang Bandar
  • Jabatan Perundangan Dan Penguatkuasaan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Temerloh

Pautan luar[sunting | sunting sumber]