Majlis Perundingan Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Perundingan Melayu merupakan sebuah NGO yang berhasrat menjaga kepentingan orang Melayu di Malaysia dalam konteks masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum , etnik, budaya, agama dan sebagainya.

Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM ialah Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman .

Akta Hasutan[sunting | sunting sumber]

NGO ini mengharapkan kerajaan supaya melakukan kajian semula berhubung Akta Hasutan yang hendak dihapuskan kerana ia boleh mendedahkan kepada bahaya polarirasi dan seterusnya pergeseran antara kaum di Malaysia. MPM mendesak kerajaan supaya meneliti lebih mendalam tiga draf rang undang-undang yang dicadang menggantikan Akta Hasutan. Pada 30 Mei 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengumumkan draf Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) menyerahkan draf pertama rang undang-undang itu kepada kabinet pada Mei 2014.

Draf baru itu cuba mengenepikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan beberapa perkara seperti kuota dalam perkhidmatan awam yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa isu nyata mempertikaikan hak-hak orang Melayu seperti 'diskriminasi', 'keistimewaan kaum', 'kesamaan' dan 'diskriminasi positif'. Semua perkara itu termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seharusnya Perkara 3 (1) dan Perkara 37 (1) dalam Perlembagaan yang menjadi asas keharmonian. Ketetapan dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia seperti International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) sering dimanipulasikan.

Seterusnya draf itu mengetepikan kedaulatan agama Islam. Sedangkan pemerintahan British dahulu tidak pernah mengusiknya. Seharusnya institusi Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, agama negara dan kenegaraan tidak wajar disentuh. Perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

"Unfair Discrimination Tribunal" tidak wajar ditubuhkan kerana akan mengambil peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan Perlembagaan serta peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.

Sidang media MPM turut disertai oleh Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad, bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa dan 40 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MPM gesa kerajaan kaji semula keputusan mansuh Akta Hasutan". Utusan Malaysia. 5 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-09. Dicapai pada 2014-06-05.