Majlis Profesor Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN)


Pemikir Negara

" MPN ialah suatu kolektif sosial yang diwujudkan pertama kali dalam sejarah negara untuk menjadi payung kepada modal insan yang sangat berharga, berkelulusan tinggi dengan nilai tambahan yang luar biasa, iaitu, para profesor.

MPN bertanggung jawab menyumbang idea, menyusun strategi dan mengatur tindakan untuk kebaikan negara dan rakyat berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuannya.

Maka setiap ahli MPN adalah ‘Pemikir Negara’ "

STRUKTUR MPN

Struktur organisasi Majlis Profesor Negara adalah terdiri daripada Penasihat, tiga (3) pemimpin peringkat tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan 14 ketua kluster.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, kumpulan ini akan diurus oleh Sekretariat Tetap yang berpengkalan di Kementerian Pengajian Tinggi secara sepenuh masa. Tugas utama mereka ialah untuk membantu melicinkan perjalanan mesyuarat, koordinasi, perhubungan, pengurusan berkaitan dengan profesor dan lali-lain lagi.

MPN diletakkan di bawah Pejabat Menteri dimana pelaporan akan dikemukakan terus ke YB Menteri Pengajian Tinggi selaku Penasihat MPN.

Dari segi struktur organisasi MPN,terbahagi kepada tiga:

  • Executive Council yang terdiri daripada Pengerusi MPN,Naib Pengerusi MPN, Setiausaha MPN, 14 ketua kluster dan ketua sekretariat MPN.
  • Exco MPN pula terdiri daripada Pengerusi MPN,Naib Pengerusi MPN, Setiausaha MPN, 14 ketua kluster , 14 Naib pengerusi kluster, 14 setiausaha kluster dan ketua sekretariat MPN.
  • Jawatankuasa kluster. Setiap kluster mempunyai jawatankuasa sendiri yang terdiri daripada naib pengerusi,setiausaha serta ketua sub kluster.



KEAHLIAN MPN
Secara automatik semua profesor tempatan adalah ahli bagi MPN. Semua profesor diberi kebebasan untuk memilih kluster yang diminati. Terdapat 14 kluster setiap profesor boleh memilih lebih dari satu kluster. Senarai kluster adalah seperti berikut :-

  1. Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan
  2. Ekonomi dan Kewangan
  3. Politik, Keselamatan dan Hal-ehwal Antarabangsa
  4. Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya
  5. Sains dan Matematik
  6. Kejuruteraan dan Teknologi
  7. Sumber Asli dan Alam Sekitar
  8. Perubatan dan Sains Kesihatan
  9. Industri dan Inovasi
  10. Pertanian dan Keselamatan Makanan
  11. Farmasi dan Sains Gunaan
  12. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  13. Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan
  14. Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam



OBJEKTIF MPN

Secara umum, cadangan penubuhan Majlis Profesor Negara ini adalah bagi tujuan untuk mengumpul dan memudahkan pihak kerajaan menggembeling kepakaran akademik dan profesional para profesor, secara kolektif, bagi tujuan membantu program pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara.

Secara khususnya, Majlis Profesor negara ini akan berfungsi bagi memenuhi tujuan-tujuan khusus seperti berikut:

  • untuk menyumbang input kepakaran dari segi akademik dan profesional, dalam pelbagai bidang, untuk kegunaan advokasi awam (public advocacy) khususnya dalam memperkukuh asas penggubalan dasar negara serta pelaksanaan program yang dirancang.
  • untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat nasihat dan pemikiran baru lagi terkini guna untuk meningkatkan daya saing negara dalam pelbagai bidang di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • untuk menjadi custodian, atau pemegang amanah, keunggulan dan integriti ilmiah serta profesional para profesor dalam negara.
  • untuk memberi peluang kepada kumpulan elit keilmuan ini memberi sumbangan kepakaran masing-masing sebagai balasan kepada segala kemudahan, bantuan serta nikmat keseejahteraan yang mereka nikmati selama ini.



FUNGSI MPN

Dalam usaha untuk mencapai objektif penubuhannya itu, Majlis Profesor Negara akan dari semasa ke semasa melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

Membantu Kegiatan Pembangunan Ilmiah[sunting | sunting sumber]

Menggalak dan merangsang pembangunan kesarjanaan dan keintelektualan Negara melalui program yang dijalankan dari semasa kesemasa.

  • Mengadakan wacana dan juga seminar bagi bertukar pandangan dan pendapat masing-masing berdasarkan kepada bidang kepakaran di kalangan profesor diperingkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memupuk budaya kesarjanaan dan keintelektualan dalam negara untuk meningkatkan kemajuan minda rakyat.
  • Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kesarjanaan dalam dunia akademik.
  • Membina jaringan akademik dengan badan-badan luar negara yang mempunyai objektif yang sama.

Membantu Penggubalan Dasar[sunting | sunting sumber]

  • Menganalisa masalah-masalah tertentu negara untuk mengenalpasti risiko dan kaedah penyelesaian yang bersesuaian, untuk mensyorkan pelbagai alternatif penyelesaian kepada pihak kerajaan.
  • Sentiasa prihatin terhadap perkembangan dunia akademik yang berkait dengan keperluan negara untuk dibawa kepada perhatian kerajaan.
  • Bersifat proaktif untuk mengukuh dan meningkat kelestarian setiap penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar negara.


Fungsi Advokasi Sosial[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi jambatan penghubung antara kalangan akademia negara dengan pihak kerajaan, industri dan komuniti.
  • Menjadi saluran objektif penyuaraan kepentingan akar umbi kepada pihak yang berwajib dan pucuk pimpinan negara berwahanakan penyelidikan.
  • Memupuk budaya ilmu dan menghormat ilmu di kalangan masyarakat umum untuk memartabatkan status kesarjanaan.



Maklumat Lanjut di Laman Web MPN Diarkibkan 2011-04-14 di Wayback Machine