Majlis Syura Negeri Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Majlis Syura Pulau Pinang merupakan sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2009[1]. Ia sebagai wadah perbincangan dan muzakarah dua hala untuk menambah baik pencapaian umat Islam Pulau Pinang. Majlis Syura mengadakan mesyuaratnya tiga kali setahun.

Penubuhannya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim pada Jun 2009[2] dan dikendalikan pengurusannya oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP)[3]. Keanggotaannya adalah dari pakar-pakar pelbagai bidang berperanan sebagai penasihat dan pencetus idea kepada pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri ini seperti intelektual, ulama, agamawan, Mufti, Ketua Hakim Syariah, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, tokoh-tokoh politik dan agensi kerajaan. Dengan cetusan idea yang baik itu, program dan aktiviti berkesan dapat dilaksanakan demi memastikan umat Islam di negeri ini mencapai tahap kehidupan yang lebih sejahtera[4]

Senarai Anggota (Sesi 2019)[sunting | sunting sumber]

Seramai 20 individu telah dilantik bagi tahun 2019. Mereka ialah

Senarai Anggota Majlis Syura Negeri Pulau Pinang
Jawatan Nama Catatan
Pengerusi YB Dato' Ir Hj Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang /

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri

dan Perhubungan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Anggota: SS Dato' Seri Dr Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
YAA Dato' Haji Syakir bin Abdul Hamid Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang
Datuk Dr Haji Muhammad Nur bin Manuty Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)[5]

Ahli Pemegang Amanah Institut Kajian Dasar (IKD)[6]

Tuan Haji Kamarudin bin Abdullah Pengasas Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

atau Islamic Propagation Society International (IPSI)

Tuan Haji Abdul Mutalib bin Maarof Pengerusi Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang.

(Meletak jawatan selepas dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat)

Sheikh Haji Mohd Hussain Yee Abdullah Pengasas Pertubuhan Al-Khadeem Malaysia
Prof. Dr. Muhammad Syukri bin Salleh Profesor Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia (USM)[7]

Bekas Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM

Prof. Dr. Zhari bin Ismail Profesor Teknologi Farmaseutikal USM
Dato' Dr. Daud bin Bakar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Prof. Dato' Dr. Mohd Yusuf bin Haji Othman Felo Penyelidik Utama Institut Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Bekas Pengarah Institut Hadhari UKM

Prof Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin Profesor Kuliyyah Teknologi Komunikasi dan Maklumat (KICT) UIAM
Dato' Seri Dr Md Yusup bin Che Teh Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia.
Dato' Ustaz Shamsuri bin Ahmad Penceramah Bebas
Dr. Shereeza binti Muhamed Saniff Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FFPI)

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam

Prof. Dr. Kamarulazizi bin Ibrahim Profesor Pusat Pengajian Sains Fizik USM
Ustaz Haji Syazalie Hirman bin Ahmad Najib Ahli Dewan Perwakilan Nasional, Pertubuhan IKRAM Malaysia[8]
Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman Pakar Ekonomi Islam

Ahli Lembaga Pengarah UNISZA

Presiden NGO Multaqa Asatizah dan Duat (MURSHID)

Prof. Madya Dr. Saidatulakmal binti Mohd Profesor Madya Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM[9]
Dato' Dr. Danial bin Zainal Abidin Pengamal Perubatan dan Pendakwah/Penceramah Motivasi

Rujukan[sunting | sunting sumber]