Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Rasmi

Majlis Ta'lim Darul Murtadza atau MTDM ialah sebuah badan NGO yang aktif dalam usaha-usaha dan aktiviti penyebaran dakwah Islamiah, khususnya di Lembah Klang. Majlis Ta’lim Darul Murtadza telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai Pertubuhan Kebajikan Darul Murtadza Kuala Lumpur (Reg. No. 5143-11-WKL).

Selain daripada Majlis Ta’lim Mingguan yang diadakan pada setiap hari Jumaat bermula pada jam 9 malam di Masjid Muadz bin Jabal, MTDM juga turut mengadakan Majlis Maulid Bulanan pada setiap Jumaat minggu pertama, Majlis Asmaul Husna bulanan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam serta Jalsatul Isnain di Surau Putra Al-Amin, Putrajaya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih Darul Murtadza. Sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke Surau Al Hidayah AU3, Keramat dan sekarang, di Masjid Muadz Ibn Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan jemaah yang makin bertambah, Dianggarkan seramai 3000 jemaah yang hadir pada setiap kuliah mingguan.

Biodata Guru[sunting | sunting sumber]

Nama Penuh : Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar

1974 – 1992[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:

1. Ustadz Hasan Baharom

2. Ustadz Soleh Bal As'ad

3. Ustadz Abdul Hamid

4. Ustadz Soleh Bin Agil

5. Ustadz Ahmad Barakwan

6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar

dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995[sunting | sunting sumber]

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:

1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)

2. Al Habib Ali Masyhur

3. Al Habib Salim As Syatiri

4. Al Habib Hasan As Syatiri

5. Al Habib Abdullah Bin Syihab

6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur

7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus

8. Syeikh Fadal Ba Fadal

9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf

10. Syeikh Umar Husain Al Khatib

11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib

12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 – 2001[sunting | sunting sumber]

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim

2. Dr. Saad Jawish

3. Dr. Ali Jum'ah

4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

2002 – SEKARANG[sunting | sunting sumber]

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah (Master). Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri dan seorang putera.

Acara tahunan - Maulid Akbar[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha memupuk kecintaan kepada Rasulullah (S.A.W), Majlis Ta’lim Darul Murtadza aktif dalam merangka dan menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun untuk mencapai matlamat ini. Maulid Akbar merupakan program tahunan terbesar yang diadakan bersempena dengan kehadiran bulan mulia, bulan Rabi’ul Awal, yakni bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W).

  • Maulid Akbar ini telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2012, bersamaan dengan 1433H, dan mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari warga kota dan juga masyarakat luar. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan muda, membuktikan kejayaaan program walaupun ianya julung-julung kali diadakan.
  • Penganjuran Maulid Akbar yang ke-2, iaitu pada 1434H (2013), telah berjaya menarik kehadiran jemaah yang dianggarkan seramai 8 ribu orang, yang mana ianya merupakan satu penanda aras akan kejayaan penganjuran bagi pihak Darul Murtadza sendiri. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran barisan ulama’ dari dalam dan luar negara, termasuk Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, pendakwah muda yang tidak asing lagi di Malaysia.
  • Maulid Akbar 1435H yang bertemakan “Rasulullah (S.A.W) Penyatu Ummah” merupakan penganjuran kali ke-3 dan telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Yang Berbahagia Dato’ Nooh Gadot dan Habib Jindan bin Novel bin Jindan daripada Indonesia serta ramai lagi asatizah dan tamu dari dalam dan luar negara.