Majlis Tertinggi Perang (Jepun)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Tertinggi Perang atau Supreme War Council (Jepun: 軍事参議官会議, Hepburn: Gunji sangikan kaigi) telah ditubuhkan semasa pembangunan kerajaan berperwakilan dalam pemerintahan Meiji Jepun bagi mengukuhkan lagi kekuasaan negara. Pemimpin pertamanya ialah Yamagata Aritomo (1838–1922), anak kelahiran Chōshū yang telah dipuji dengan penubuhan Tentera Darat Imperial Jepun moden dan merupakan Perdana Menteri Jepun yang pertama. Majlis Tertinggi Perang membangunkan satu sistem mengikut ciri-ciri staf am Jerman dengan seorang ketua turus mempunyai hubungan langsung kepada Maharaja dan boleh mengurus menteri tentera darat dan para pegawai awam secara bebas. Majlis Tertinggi Perang adalah kabinet dalaman de facto Jepun sebelum Perang China-Jepun Kedua.

Mesyuarat Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Dari November 1937 dan menurut arahan Maharaja Shōwa, Gunji sangikan kaigi telah berkuatkuasa digantikan dengan Markas Besar Imperial-Mesyuarat Perhubungan Kerajaan. Majlis Perhubungan telah digunakan oleh Maharaja untuk membawa ketua-ketua turus tentera darat dan tentera laut kedalam rundingan yang lebih dekat dengan kerajaannya, dan untuk membantu menyepadukan keputusan dan keperluan dua cabang tentera tersebut dalam Markas Besar Imperial dengan sumber-sumber serta polisi keseluruhan kerajaan. Keputusan terakhir Mesyuarat Perhubungan secara rasmi didedahkan dan diluluskan pada Persidangan Imperial yang mana Maharaja sendiri menjadi pengerusi di Istana Maharaja Tokyo Kyūden.

Ahli majlis mesyuarat seperti berikut:

Pada malam sebelum Serangan Pearl Harbor, ahli majlis mesyuarat ialah:

Majlis Penasihat Tertinggi Hala Tuju Perang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1944, Perdana Menteri Kuniaki Koiso menubuhkan Majlis Penasihat Tertinggi Hala Tuju Perang (Saikō sensō shidō kaigi), bagi menggantikan Majlis Tertinggi Perang. Pada penghujung peperangan pada 14 Ogos 1945, ia mengandungi ahli berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]