Pergi ke kandungan

Mak Enon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mak Enon
Kelahiran
Amon @ Ainon binti Chik

1911
Meninggal dunia5 April 1992(1992-04-05) (umur 80–81)
Tahun aktif1930–1986
Pasangan
Anak-anak6

Mak Enon atau nama sebenarnya Amon @ Ainon Chik (1911 – 5 April 1992) merupakan seorang pelakon wanita Singapura.

Pembabitan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Geylang, Singapura pada tahun 1911. Ayahnya berdarah Bugis, manakala ibunya pula berketurunan Cina. Keluarganya berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau adalah anak bongsu dari empat beradik.

Beliau memang dari kecil lagi meminati bangsawan. Selain sering menonton pertunjukan wayang bangsawan, Mak Enon sesekali mencuri masuk ke dalam panggung.

Pembabitannya dalam dunia seni bermula sebagai pelakon bangsawan pada tahun 30-an di Singapura, ketika umurnya 16 tahun. Ketika itu beliau menjadi penyanyi bidan terjun untuk satu persembahan bangsawan Wak Naning dengan menyanyikan lagu Aladdin dan Cik Mamat. Kedua-dua lagu ini dinyanyikan Miss Tijah, yang popular ketika itu.

Nyanyian Mak Enon menarik perhatian seorang pemilik kumpulan bangsawan yang kemudian mengambilnya sebagai pekerja tetap dengan gaji RM40 sebulan. Sejak itulah, beliau dikenali ramai dan sering menyertai persembahan bergerak di Indonesia. Antara kumpulan bangsawan yang pernah disertainya ialah City Opera, Genani Star Opera dan panggung New World Hall.

Empat tahun kemudian, beliau bergelar Seri Panggung atau primadona dan bersama-sama Kumpulan Royal Opera, Mak Enon dibawa menjelajah Palembang, Sumatera dan Jawa.

Semasa bersama kumpulan inilah, Mak Enon bertemu jodoh dengan seorang pemuzik bernama Kassim. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1932. Malangnya, jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah tidak lama selepas itu.

Sepanjang hayatnya, Mak Enon pernah berkahwin beberapa kali. Antara suaminya ialah Sharif Babu, Hamzah Dolmat (Allahyarham) dan pelakon Haji Mahadi (Allahyarham). Hasil perkahwinannya itu, beliau memperolehi 16 orang anak tetapi lapan daripadanya meninggal dunia dan mempunyai 30 orang cucu.

Pada tahun 1950 Mak Enon kembali ke Singapura selepas bertahun-tahun berada di Indonesia. Beliau aktif dalam dunia seni dengan menjadi anak joget di Singapore New World. Ketika berada di kelab ini, Mak Enon memiliki keistimewaanya tersendiri iaitu berkebolehan menyanyi dalam bahasa Jepun, Tamil, Jawa, Hindustan dan Minangkabau.

Pada 1945 Mak Enon dipilih memegang peranan Prince Hamlet untuk drama pementasan Inggeris arahan Shariff Medan. Pementasan berjudul Prince Hamlet dibuat atas permintaan kerajaan Inggeris.

Pada 1960 ketika berumur 49 tahun, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan memulakan penghidupan baru dengan berniaga nasi lemak.

Mak Enon dan Filem

[sunting | sunting sumber]

Mak Enon pernah mengikat kontrak dengan Shaw Brothers dan dipelawa membintangi beberapa filem seperti Si Bongkok dan Laksamana Do Re Mi arahan P. Ramlee pada tahun 1972.

Filem lain ialah Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar pada tahun 1975, diikuti Sayang Anakku Sayang (arahan Jamil Sulong, 1976), Panglima Badol (arahan Hussein Abu Hassan, 1979), Dayang Suhana (arahan Aziz Abad, 1978), Tuan Besar (Malek Selamat, 1980) selain turut terbabit dalam filem arahan Othman Hafsham pada tahun 1983 iaitu Mekanik.

Beliau kerap diundang menjayakan pertunjukan pentas dan pelbagai program dan drama TV. Malahan beliau juga sering dibawa mengikuti rombongan artis dengan menyertai beberapa festival filem dalam dan luar negara, seperti Festival Filem Asia Pasifik di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Senarai Bekas Suami Allahyarhamah Ainon Bt Chik (Mak Enon)

[sunting | sunting sumber]

1) Kassim (Berbangsa Minangkabau Indonesia bekerja sebagai ahli muzik) Dikurniakan 3 orang cahaya mata 2 lelaki dan 1 perempuan - Mohamed @ Ahmad Kassim (Pianist), Bakhtiar, & Aini.

2) Wahab (berasal dari Padang, Indonesia) dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohamed Jamil.

3) Haji Mahadi (pelakon) dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aidie.

4) Atan (Tiada cahaya mata)

5) Ishak (Asal Pulau Pinang) dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aidah.

6) Sharif Babu (pelakon berasal dari Pulau Pinang) dikurniakan 3 orang cahaya mata 2 lelaki dan 1 perempuan Kelana, Normala dan Sani.

7) Anthony @ Mohamad Anthony Fadzil Abdullah (Berbangsa India Serani)

Mak Enon meninggal dunia pada kira-kira jam 6.00 pagi, 5 April 1992 di Kuala Lumpur pada usia 81 tahun.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1967 Keluarga 69 Orang gaji Osman Bakar Filem pertama, pelakon tambahan
1968 Anak Bapak Ainon
1970 Tuah Badan Orang gaji Encik Halim
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang Tuan rumah Lisda
1972 Anak Ku Suami Ku
Laksamana Do Re Mi Dayang Istana
1973 Satria Ibu Bongkok/Satria dan Putra
Penyamun Si Bongkok
1975 Keluarga Si Comat
Rahsia Hatiku
1976 Sayang Anakku Sayang Mak Uteh
1978 Dayang Suhana Jenab
1979 Panglima Badol Mak Badol
1980 Tuan Besar Tukang Masak
1981 Si Luncai Nenek Kebayan
1983 Mekanik Pelanggan pusat beli-belah
1986 Jejaka Perasan Emak Amir Filem terakhir

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1975 Seniman Silam Dalam Kenangan Dirinya sendiri Filem Negara Malaysia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]