Mak nyah (slanga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mak nyah (disebut [ˈmaʔ ˈɲa]), juga dieja sebagai maknyah, adalah terma kaum nyahpakaian yang merujuk kepada wanita trans (lelaki-kepada-wanita (MTF)) di Malaysia. Terma ini muncul pada akhir 1980-an untuk membezakan wanita trans dengan golongan minoriti lain. [1]

Golongan wanita trans di Malaysia lebih gemar akan terma "mak nyah" berbanding terma-terma lain yang berbaur penghinaan (contohnya, pondan dan bapok), yang digunakan oleh penduduk Sarawak untuk merujuk kepada golongan transjantina.[2] Pondan dan bapok turut digunakan untuk merujuk kepada lelaki gay dan individu transjantina lain. Walaupun jarang digunakan, terma pak nyah juga digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transjantina. 

Asal dan definisi terma[sunting | sunting sumber]

Mak nyah berasal daripada perkataan mak,[3] dan nyah, yang turut bermaksud "buang atau hapus". Khartini Slamah menerangkan kemunculan terma ini dalam golongan transjantina:

Pertama, untuk membezakan komuniti kami daripada golongan lelaki gay dan golongan minoriti seksual yang lain, dan kedua, untuk merujuk kepada golongan kami dengan kebanggaan dan bukannya penghinaan.[4]

Slamah turut menyatakan bahawa terma "mak nyah" tidak hanya digunakan untuk merujuk kepada wanita trans yang telah melalui pembedahan penukaran jantina.[1]

Mak Nyah mendefinisikan diri mereka dengan cara yang pelbagai dalam kontinum jantina dan keseksualan: sebagai lelaki yang tampak seperti wanita, sebagai jantina ketiga, sebagai lelaki yang berpakaian wanita, sebagai lelaki yang gemar melakukan kerja-kerja wanita, dan sebagainya.

[4]

Bahasa [sunting | sunting sumber]

Bahasa Seteng (Bahasa Setengah), merupakan bahasa rahsia yang digunakan dalam lingkungan komuniti transjantina Malaysia. Bahasa ini lazimnya digunakan dalam kalangan remaja mak nyah.[2]

Status di sisi undang-undang[sunting | sunting sumber]

Komuniti mak nyah berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, termasuk dalam mendapatkan pekerjaan, perumahan dan penjagaan kesihatan.[5] Pada tahun 2010, kerajaan United Kingdom dan Australia telah mengiktiraf transjatina Malaysia yang merisik suaka di negara tersebut, sebagai respon kepada diskriminasi yang diterima oleh golongan mak nyah di Malaysia.[6][7]

Di bawah seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1995, mak nyah boleh didakwa dengan kelakuan tidak sopan dengan memakai pakaian bertentangan jantina. Komuniti ini juga boleh didakwa di bawah Seksyen 28 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, yang melarang lelaki untuk memakai pakaian wanita di tempat-tempat awam. 

Undang - Undang Syariah berkaitan Maknyah, transjantina dan golongan minoriti seksual dan gender[sunting | sunting sumber]

Negeri 'Lelaki berlagak seperti wanita' 'Wanita berlagak seperti lelaki' Hubungan seks di luar tabii Hubungan seks antara sesama gender Musahaqah Liwat Percubaan musahaqah Percubaan liwat Menukar gender
Selangor ✔️ ✔️ ✔️
Sabah ✔️ ✔️ ✔️ ✔️ ✔️
Melaka ✔️ ✔️ ✔️ ✔️ ✔️
Negeri Sembilan ✔️ ✔️ ✔️ ✔️ ✔️
Kelantan ✔️ ✔️ ✔️ ✔️ ✔️ ✔️ ✔️
Kedah ✔️ ✔️ ✔️
Perlis ✔️ ✔️ ✔️ ✔️
Wilayah Persekutuan ✔️ ✔️ ✔️
Pulau Pinang ✔️ ✔️ ✔️
Johor ✔️ ✔️ ✔️
Pahang ✔️ ✔️
Perak ✔️ ✔️
Terrengganu ✔️ ✔️ ✔️ ✔️
Sarawak ✔️ ✔️ ✔️

 [8]

Di sisi Islam[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1983, Majlis Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan fatwa yang melarang pembedahan penukaran jantina ke atas  lelaki dan wanita beragama Islam.[9] Agama Islam Sunni melarang kaum lelaki untuk berpakaian seperti wanita, memakai solekan muka, menggunakan hormon untuk membesarkan buah dada dan melakukan pembedahan penukaran jantina.[2] Tinjauan yang telah dilakukan mendapati 78% daripada komuniti mak nyah lebih terdorong untuk melakukan pembedahan penukaran jantina sekiranya agama mereka membolehkan pembedahan tersebut.
[10]

Disebabkan kebanyakan golongan mak nyah terdiri daripada orang Melayu-Islam, mereka berdepan dengan dakwaan daripada mahkamah syariah untuk kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang Islam. [2][1]

Undang-undang sebegini sering kali digunakan oleh Jabatan Hal Eiwal Agama Islam untuk mendiskriminasi dan menindas komuniti mak nyah, melalui penyerbuan, keganasan dan penahanan.  [1]

Dengan melakukan pembedahan penukaran jantina, individu transjantina turut berdepan dengan masalah pengebumian Islam yang melarang pemandian mayat lelaki oleh wanita. Dalam Islam, golongan mak nyah masih lagi dianggap sebagai lelaki walaupun setelah menjalani pembedahan penukaran jantina. Akan tetapi, individu mak nyah yang telah menjalani pembedahan tersebut turut dilarang untuk dimandikan oleh seorang lelaki. [11]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Bilangan mak nyah di Malaysia dijangka dalam lingkungan 10,000 orang.[12] Di Kuching, terdapat 700 mak nyah (75% Melayu dan selebihnya Dayak dan kaum Cina).
[2]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Teh Yik Koon telah menerbitkan beberapa dokumen berkaitan mak nyah, antaranya penyelidikan pada tahun 1998 dan sebuah buku bertajuk The Mak Nyahs, pada tahun 2002. Penulis "The Politics of Reclaiming Identity: Representing the Mak Nyahs in Bukak Api", Andrew Hock Soon Ng, merupakan antara penulis penting dalam isu berkaitan transjantina. [13]

Dalam media[sunting | sunting sumber]

Dokumentari Bukak Api pada tahun 2000 adalah mengenai mak nyah. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "The Mak Nyahs of Malaysia: Testimony of Four Transgender Women" (PDF). equalrightstrust.org. Equal Rights Trust. Dicapai pada 1 February 2015.
  2. ^ a b c d e Caesar DeAlwis; Maya Khemlani David. "LANGUAGE AND IDENTITY OF MALAY TEENAGE MAK NYAH (TRANSVESTITES) IN KUCHING" (PDF). repository.um.edu.my. Dicapai pada 1 February 2015.
  3. ^ Tan Lay Ean, H., Jeffrey Jessie: Recognising Transsexuals, The Malaysian Bar, 17 November 2005
  4. ^ a b Slamah, K., The Struggle to Be Ourselves, Neither Men Nor Women: Mak Nyahs in Malaysia, in Misra, G. and Chandiramani, R. (eds.
  5. ^ Koon, T.Y., The Mak Nyahs: Malaysian Male to Female Transsexuals, Eastern Universities Press, 2002, Chapter 4
  6. ^ "Trans Woman wins Asylum Claim". International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association. 27 July 2010.
  7. ^ "Malaysian transsexual given refugee status in Australia". Fridae.asia. 2 May 2010.
  8. ^ https://features.hrw.org/features/HRW_reports_2014/Im_Scared_to_Be_a_Woman/appendix_1.html
  9. ^ Teh, 2002
  10. ^ Teh Yik Koon, The Mak Nyahs: Male to Female Transsexuals in Malaysia, (Singapore: Eastern Universities Press Times Publishing, 2002), p. 147.
  11. ^ Teh Yik Koon.
  12. ^ Teh Yik Koon, Understanding the Problems of Mak Nyahs (Male Transsexuals) in Malaysia, South East Asia Research, (6)2, (1998), p. 165.
  13. ^ Hock, Andrew Soon Ng. "The Politics of Reclaiming Identity: Representing the Mak Nyahs in Bukak Api" (Chapter 7).