Makam Diraja Langgar, Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Papan tanda Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan yang menggunakan skrip Jawi khat.

Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dimakamkan kerabat diraja Kelantan.[1]

Makam-makam[sunting | sunting sumber]

Kerabat Hayat (Masihi) Nota Rujukan
Long Yunus ? - 1798 Nama baginda ialah Long Yunus bin Long Sulaiman dan dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. [2]
Almarhum Sultan Muhammad I 1741 - 1835 Nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera ke-6 Long Yunus. Baginda tidak mempunyai putera. [3]
Almarhum Sultan Muhammad II 1794 - 1886 Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar. [3]
Almarhum Sultan Muhammad III 1845 - 1890 Nama asal baginda ialah Long Kundor dan merupakan putera sulung Sultan Ahmad dan ayahanda kepada Sultan Muhammad IV. [1]
Almarhum Sultan Mansur ? Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan putera Sultan Ahmad, dan adinda Sultan Muhammad III. [1]
Almarhum Sultan Muhammad IV 1870 - 1920 Nama asal baginda ialah Long Senik dan merupakan putera Sultan Muhammad III. Baginda merupakan ayahanda kepada Sultan Ismail dan Sultan Ibrahim. [1]
Almarhum Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV 1880 - 1944 Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV. Baginda tidak mempunyai putera. [1]
Almarhum Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV 1897 - 1960 Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV dan ayahanda kepada Sultan Yahya Petra. [1]
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim 1917 - 1979 Baginda merupakan putera kepada Sultan Ibrahim, dan ayahanda kepada Sultan Ismail Petra. [1]
Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra 1949 - 2019 Baginda merupakan putera kepada Sultan Yahya Petra, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad V.
Almarhum Long Tan Temenggong Aria Pahlawan ? - 1835 Baginda merupakan adinda kepada Sultan Muhammad I, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad II. [3]
Almarhum Raja Bendahara Long Jenal ? Baginda merupakan anakanda kepada Long Yunus, dan adinda kepada Sultan Muhammad I. Pernah menjadi Raja Kelantan dengan gelaran Yamtuan Kelantan selama 3 tahun sebelum melepaskannya kepada putera saudaranya, Long Senik Mulut Merah [1]
Almarhumah Tengku To' - - [3]
Almarhum Tengku Zainal Abidin (Raja Dewa) ? Tengku Zainal Abidin merupakan putera kepada Sultan Muhammad III. Menjadi Raja Muda Kelantan semasa kekandanya Sultan Muhammad IV. Melepaskan jawatan Raja Muda kepada Tengku Sri Indra Mahkota Ismail (Sultan Ismail I) yang merupakan anak saudaranya. Bersebelahan dengan maqam Tengku Zainal Abidin ialah maqam puteranya iaitu Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah, ayahanda Tengku Razaleigh dan merupakan Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa melalui pilihanraya (1950-1955) [1]
Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar 1908 - 1989 Tengku Long Ahmad merupakan anakanda kepada Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II. Tengku Long Ahmad merupakan ayahanda kepada dua orang Sultanah Johor iaitu Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah
Almarhum Tengku Temenggong Tengku Abdul Rashid Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu 1926 - ? Tengku Abdul Rahid merupakan anakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu yang berkahwin dengan Al-Marhum Tengku Petri Binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Kelantan. Tengku Abdul Rashid merupakan ayahanda kepada Tengku Fauziah, Raja Perempuan Perlis[4]
Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz 1933 - 2020 Tengku Abdul Aziz merupakan putera kepada Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah dan ayahanda kepada Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam. Bersebelahan dengan maqam Tengku Abdul Aziz ialah maqam nendanya iaitu Raja Dewa Tengku Zainal Abidin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Sapiee (7 Julai 2011). Catatan blog
  2. ^ Sapiee (6 Julai 2011). Catatan blog
  3. ^ a b c d Sapiee (7 Julai 2011). Berdasarkan gambar makam
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-20. Dicapai pada 2012-03-12.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]