Masakan Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Makanan di Mexico)

Makanan Mexico terkenal dengan sifatnya yang berwarna-warni serta pedas. Makanannya kaya dengan protein (terutamanya jagung), vitamin, dan galian.

Apabila penakluk dari Sepanyol atau conquistador tiba di ibu negara Mexico iaitu Tenochtitlan (kini Bandar Mexico), mereka mendapati penghuni asli di sini mempunyai diet berdasarkan jagung, herba dan kekacang. Selepas itu, pihak penjajah ini telah menambah makanan dari negara mereka seperti beras, daging dan wain. Kemudian, conquistador menambah lagi makanan tempatan pra-Columbia (termasuklah coklat, jagung, tomato, dan vanila) dengan nasi, daging, dan wain yang mereka bawa dari Sepanyol.

Kebanyakan masakan Mexico masa kini berasaskan tradisi Pribumi Amerika, termasuk Aztek dan Maya, digabung dengan trend masakan yang diperkenalkan oleh kolonis Sepanyol. Quesadilla yang terkenal, sebagai contoh, adalah tortilla jagung dengan keju, daging lembu, ayam, khinzir, dan lain-lain. Makanan seperti ini biasanya berwarna-warni disebabkan pelbagai sayuran (antaranya cili merah, cili hijau, brokoli, bunga kobis, dan lobak) dan daging dalam makanan Mexican.

Makanan Mexico berbeza mengikut wilayah sebab perbezaan etnik dan pengaruh Sepanyol yang berbeda dari satu kaum ke kaum yang lain di Mexico. Bahagian utara Mexico terkenal dengan pengeluaran dagingnya dan hidangan berunsurkan daging; manakala di tenggara Mexico terkenal dengan makanan sayurannya yang pedas (spicy) dan makanan berunsurkan ayam.

Kuisin Mexico yang telah bercampur aduk dengan kuisin dari sebelah barat daya Amerika Syarikat seperti Texas membentuk satu kategori kuisin yang unik yang dipanggil kuisin Tex-Mex.