Makanan organik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sayur-sayuran organik di pasar tani di Argentina.

Makanan organik diperbuat mengikut piawaian pengeluaran tertentu, iaitu ditanam tanpa penggunaan racun perosak dan baja buatan manusia, maka bebas dari pencemaran akibat sisa manusia atau industri, serta diproses tanpa sinaran pengion ataupun bahan tambahs.[1] Haiwan ternakan pula perlu diternak tanpa selalu menggunakan antibiotik dan langsung tidak menggunakan hormon pertumbuhan, sebaliknya sentiasa disuap makanan yang sihat. Di kebanyakan negara, hasil organik tidak boleh diubah suai genetik.

Pengeluaran makanan organik ialah sebuah industri yang terkawal ketat, berbeza dari penanaman persendirian. Kini, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan lain-lain negara mewajibkan pengeluar mendapatkan pensijilan khas untuk memasarkan makanan mereka sebagai organik dalam lingkungan sempadan negara tersebut.

Menurut sejarah, pertanian organik diusahakan dalam ladang kecil milik keluarga[2], oleh itu makanan organik ketika dahulu hanya didapati di kedai kecil atau pasar tani. Namun begitu, sejak awal 1990-an, pengeluaran makanan organik mencapai kadar pertumbuhan sekitar 20% setahun di negara maju dan membangun, jauh di hadapan seluruh industri makanan. Pada bulan April 2008, makanan organik merangkumi 1-2% jualan makanan sedunia.

Mengenal pasti makanan organik[sunting | sunting sumber]

Tauge organik.
See also: Organic farming for information on the production of organic food.

Makanan organik yang diproses biasanya hanya mengandungi ramuan organik. Jika adanya ramuan bukan organik, maka kebanyakan ramuan tumbuhan dan haiwan dalam makanan berkenaan haruslah organik (95% di Amerika Syarikat[3] dan Australia), sementara mana-mana ramuan bukan organik tertakluk pada pelbagai keperluan pertanian. Makanan yang diakui organik mestilah bebas dari bahan tambah buatan manusia, di samping selalunya diproses dengan kurangnya kaedah, bahan dan perapian buatan manusia, seperti pematangan kimia, penyinaran makanan, dan ramuan ubah suai genetik.

Peminat terawal terhadap makanan organik tercari-cari makanan yang segar, tidak dirawat secara kimia, atau melalui pemprosesan minimum. Selalunya mereka terpaksa membeli terus dari petani, maka bebunyinya cogan kata "Kenali petani, kenali makanan". Takrifan sendiri mengenai "organik" berkembang melalui pengalaman secara langsung, seperti berhubung dengan petani, melihat keadaan ladang, dan aktiviti pertanian. Hasil tani ditanam atau diternak di ladang kecil menggunakan amalan pertanian organik, tanpa mengira adanya pensijilan, sambil diperhati pengguna individu. Oleh sebab permintaan terhadap makanan organik terus meningkat, jualan besar-besaran melalui saluran-saluran seperti pasar raya semakin menggantikan hubungan langsung dengan petani. Bagaimanapun, bagi pengguna pasar raya, pengeluaran makanan tidak mudah diperhati, lebih-lebih lagi terpaksa bergantung pada label produk, seperti "disahkan organik", walau boleh dicarikan kawalan kerajaan dan pantauan pihak ketiga untuk kepastian. Label "disahkan organik" biasanya adalah satu-satunya cara pengguna mengenal pasti bahawa sesuatu produk itu adalah "organik".

Kesan pada alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Beberapa pantauan dan kajian telah cuba mengkaji dan membandingkan sistem pertanian biasa dan organik. Kata sepakat yang dicapai pantauan-pantauan ini[4][5] adalah pertanian organik kurang mudaratnya kerana:

  • Pertanian organik tidak menggunakan atau mengeluarkan racun perosak sintetik ke alam sekeliling. Racun sedemikian boleh memudaratkan tanah, air dan hidupan dalamnya.
  • Ladang organik lebih berkesan berbanding ladang biasa dalam memapan pelbagai ekosistem, iaitu populasi tumbuhan dan serangga di samping haiwan.
  • Apabila dihitung sama ada mengikut luas per unit atau per unit hasil, ladang organik kurang menggunakan tenaga maka kurang menghasilkan sisa, misalnya sisa buangan seperti bahan bungkusan kimia.

Namun begitu, ada pihak yang membidas kaedah pertanian organik kerana percaya bahawa ladang organik lebih memerlukan tanah untuk menghasilkan jumlah makanan yang sama seperti ladang biasa; jika benar, ladang organik ini boleh memusnahkan banyak hutan dan ekosistem.[6] [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Organic Food Standards and Labels: The Facts". National Organic Program. http://www.ams.usda.gov/nop/Consumers/brochure.html. Capaian 2006-06-06. 
  2. "Family Farms". Local Harvest. http://www.localharvest.org/organic-farms/. Capaian 2006-06-06. 
  3. Labeling: Preamble
  4. Stolze, M.; Piorr, A.; Häring, A.M. and Dabbert, S. (2000) Environmental impacts of organic farming in Europe. Organic Farming in Europe: Economics and Policy Vol. 6. Universität Hohenheim, Stuttgart-Hohenheim.
  5. Hansen, Birgitte; Alrøe, H. J. & Kristensen, E. S. (January 2001). "Approaches to assess the environmental impact of organic farming with particular regard to Denmark". Agriculture, Ecosystems & Environment 83: 11-26. doi:doi:10.1016/S0167-8809(00)00257-7. 
  6. Bob Goldberg. "The Hypocrisy of Organic Farmers". http://www.agbioworld.org/biotech-info/articles/biotech-art/hypocrisy.html. Capaian 2007-10-10. 
  7. Andrew Leonard. "Save the rain forest -- boycott organic?". How The World Works. http://www.salon.com/tech/htww/2006/12/11/borlaug/. Capaian 2007-10-10.