Makanan ruji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Variasi ubi kentang
Makanan berasaskan tepung

Makanan ruji (Jawi: ماكنن روجي) merupakan makanan utama bagi sesuatu kaum atau kelompok manusia. Ia berbeza mengikut tempat, namun biasanya adalah makanan berkanji yang tidak mahal dari sumber sayuran. Ia juga mempunyai tenaga makanan yang tinggi dan boleh disimpan atau diperolehi sepanjang tahun. Walaupun berkhasiat, makanan ruji tidak mempunyai semua nutrien, dan perlu ditambah dengan makanan lain untuk mengelakkan pemakanan tidak seimbang. Sebagai contoh, makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi.

Makanan ruji tertentu berbeza dari satu tempat ke tempat lain, tetapi biasanya makanan yang murah atau mudah didapati yang menyediakan satu atau lebih makronutrien yang diperlukan untuk kelangsungan hidup dan kesihatan: karbohidrat, protein, lemak, mineral, dan vitamin.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]