Makar (Scots)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam kesusasteraan Bahasa Scots, makar ialah seorang pemuisi atau penyair yang sering menjadi ahli istana. Perkataan "makar" merujuk kepada seni menulis puisi.

Kebiasaannya Makar Scots merujuk kepada genre kesusasteraan bahasa Scots pada lewat Zaman Pertengahan.

Di Scotland moden, Makar Scots (pendek: Makar) merupakan pemuisi kebangsaan Scotland, yang dilantik oleh Parlimen Scotland. Jawatan ini setanding dengan Penyair Diraja Inggeris. Semenjak tahun 2004, jawatan Makar disandang oleh Edwin Morgan.

William Dunbar, seorang Makar terdahulu, menulis Lament for the Makaris ("Rintihan buat para Makar").

Makar yang paling terkenal adalah John Barbour, Blind Harry (digelar Henry si Minstrel), Robert Henryson (atau Henrysoun), William Dunbar, Gavin Douglas dan David Lindsay, akan tetapi terdapat ramai lagi penyair, seperti Alexander Scott, yang sepatutnya dinobatkan sebagai Makar.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.