Maketab Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Dr. Maketab Mohamed merupakan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Beliau telah melibatkan diri bersama persatuan tersebut sejak tahun 1986, yang ketika itu beliau bernaung dibawah Persatuan Pencinta Alam Malaysia, cawangan negeri Selangor[1].

Pembinaan kilang Lynas Corporation Ltd[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima penjelasan Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dan Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) berhubung pembinaan kilang memproses unsur nadir bumi di Lynas di Kuantan,Pahang. Kenyataan dua saintis itu telah disiarkan Buletin Utama, TV3 pada 24 Ogos 2011. Penjelasan itu menempelak Ahli Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh.

Projek Lynas hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). [2]

Kebimbangan mengenai pencemaran itu disebabkan kes sebelum di mana nadir bumi di Maywood Site, Amerika Syarikat melalui anak sungai yang membawa bahan cemar ke kawasan sekitar.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-18. Dicapai pada 2011-08-27.
  2. ^ Lynas dilihat secara objektif bukan politik
  3. ^ "Maywood Site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-08-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]