Makmum 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Makmum 2
PengarahGuntur Soeharjanto
PenulisRafki Hidayat
BerdasarkanMakmum oleh
Riza Pahlevi
Dihasilkan olehDheeraj Kalwani
Dibintangi
SinematografiAsep Kalila
Disunting olehTeguh Raharjo
Muzik olehJoseph S. Djafar
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 30 Disember 2021 (2021-12-30) (Indonesia)
  • 13 Januari 2022 (2022-01-13) (Malaysia, Singapura & Brunei)
Masa tayangan
90 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Makmum 2 merupakan filem seram Indonesia 2021 terbitan Blue Water Films dan Dee Company yang diarahkan oleh Guntur Soehardjanto. Filem ini merupakan sambungan dari filem Makmum pada 2019, dan diadaptasi dari filem pendek karya Riza Pahlevi. Pelakon utama di filem ini ialah Titi Kamal, Samuel Rizal, Marcella Zalianty, dan Dea Panendra.

Filem ini ditayangkan di pawagam Indonesia pada 30 Disember 2021, dan juga ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura, dan Brunei pada 13 Januari 2022.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sejurus kematian suaminya, Rini (lakonan Titi Kamal) menerima berita ibunya, Yanti yang menjaganya sejak kecil meninggal dunia. Bersama Hafiz (lakonan Jason Doulez Beunaya Bangun), anaknya, dia kemudian pulang ke kampung halamannya, kampung Suayan. Kerana orang tua kampung yang biasa dipanggil Pak Ustadz (lakonan Pritt Timothy) itu mahu penduduknya menumpukan ibadah, dia menolak segala bentuk kemajuan. Akibatnya, sehingga kini kampung itu langsung tidak disentuh elektrik.

Ketika dikebumikan, timbul khabar angin mengatakan Bude Yanti meninggal dunia akibat berani memasuki hutan larangan berhantu itu. Rini turut menasihati Hafiz agar tidak sesekali memasuki hutan. Semasa bermain sorok-sorok dengan kanak-kanak di situ, Hafiz mengikut seorang kanak-kanak tempang (lakonan Zayen Aqilah) masuk ke dalam hutan larangan.

Ketiga-tiga mereka hilang, tetapi kemudian ditemui tidak sedarkan diri di atas pelamin batu di tengah-tengah hutan. Seorang demi seorang dua lagi kanak-kanak pulih, tetapi tidak Hafiz. Rini sendiri semakin diganggu oleh khanzab, hantu yang muncul sebagai makmum ketika menunaikan solat.

Difahamkan kemudiannya hantu itu adalah roh yang menjaga hutan larangan yang tidak menerima ‘rumah’ mereka diganggu dalam proses pembinaan masjid kampung. Nyi Lawe, salah seorang hantu penjaga, malah merasuki Rini untuk membalas dendamnya. Nasib baik, atas kerjasama Pak Ustadz, Pak Ajis (lakonan Fuad Idris), Alif (lakonan Samuel Rizal), dan Mbah Zahar (lakonan Otig Pakis), Nyi Lawe telah dihalau dari mayat Rini.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Titi Kamal sebagai Rini
  • Samuel Rizal sebagai Alif
  • Marcella Zalianty sebagai Aisyah
  • Dea Panendra sebagai Lastri
  • Otig Pakis sebagai Mbah Zahar
  • Pritt Timothy sebagai Pak Ustadz
  • Fuad Idris sebagai Pak Ajis
  • Ence Bagus sebagai Dika
  • Jason Bangun sebagai Hafiz
  • Yusuf Ozkan sebagai Iwan
  • Muhammad Fauzan sebagai Afdal
  • Zayen Aqilah sebagai Bocah pincang
  • Kukuh Prasetya sebagai Tukang ojek
  • Misha Jeter sebagai Ningsih
  • Seteng Sadja sebagai Petugas PLN
  • Bella Fauzi sebagai Dokter

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2022 Piala Maya 2021 Tata Suara Terpilih Chandra Pinem dan Fourmix Audio Post Menang
Tata Efek Khusus Terpilih Harris Reggy Tercalon
Festival Film Wartawan Indonesia

(Genre Horor)[1]

Aktris Utama Terbaik Titi Kamal Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "InfoPublik - Ini Daftar Film Unggulan di Festival Film Wartawan Indonesia XII/2022". infopublik.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Oktober 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]